Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Tapi Kalau Yang Fake, Sampai Rogol Anak Orang Buat Apa Nak Hormat?…”-Baby...

    “Tapi Kalau Yang Fake, Sampai Rogol Anak Orang Buat Apa Nak Hormat?…”-Baby Shima

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima sebelum ini pernah memberikan teguran terhadap pendakwah bebas Da’i Fuad yang disifatkan bersikap ‘pilih kasih’ dalam memberikan teguran kepada agamawan selepas tular isu pendakwah selebriti, Da’i Syed yang disabitkan hukuman penjara serta sebatan atas kesalahan merogol.

    “Kena puak sendiri pandai pula suruh netizen diam. Bila puak sendiri buat hal, semua senyap sunyi masuk dalam gua. Buat-buat tak nampak. Tak ada surat terbuka, tak ada doa bala.

    Ada yang siap menjatuhkan hukum neraka terus kalau isu Shima dan artis lain.”-tulis Baby Shima di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

    Terkini, Baby Shima menerusi Insta Stories, menjelaskan bahawa dia sangat suka berkawan dengan orang-orang alim yang seharusnya disanjungi dan dicontohi.

    “Shima suka sangat berkawan dengan orang alim. Siapa cakap Shima benci ulamak? Siapa cakap Shima benci orang alim? Mereka orang hebat!! Mereka patut disanjungi dan dicontohi.”-Jelas Baby Shima

    “Tapi Kalau Yang Fake Tu, Sampai Rogol Anak Orang Buat Apa Nak Hormat?…”

    Tambahnya lagi, dia turut mempersoalkan mengapa harus menghormati pendakwah ‘fake’ yang sanggup merogol anak orang lain.

    “Tapi kalau yang fake tu, sampai rogol anak orang buat apa nak hormat? Hati hitam boleh tutup dengan jubah eh eh, rogol anak orang pun ramai back up. Kepala hotakk.”-tulis Baby Shima

    Menitipkan doa buat si mangsa, Baby Shima mendoakan agar mangsa terlibat kuat dari segala kecaman yang dilemparkan kepadanya.

    “Kepada mangsa, semoga awak kuat tabah. Allah sentiasa bersama orang-orang yang teraniaya. Semoga awak kuat dari kecaman-kecaman yang menyalahkan diri awak oleh kerana si perogol tu ada title.

    Ramai lebih melihat luaran bukan dalaman. Apa pun, kebenaran dah pun berpihak pada awak.”-titip Baby Shima

    Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mangsa yang terlibat..Apa komen anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts