Pelakon dan pengacara, Tash Yong memberitahu dia sedang hamil lima bulan. Tahniah!
Hamil anak sulung
Memetik laporan Harian Metro, Tash berkata, semalam genap setahun dia mendirikan rumah tangga dengan Khaireel Azlee Abdul Aziz atau lebih dikenali, Boss Kay. Ujar Tash lagi, tahun ini merupakan kali kedua mereka sambut hari raya sebagai suami isteri.
Alhamdulillah, saya sekarang hamil anak sulung lima bulan dan bersyukur Allah izinkan kami berdua berpuasa bersama serta meraikan ulang tahun perkahwinan hari ini.
Tak sabar nak makan rendang dan kuah kacang, air tangan ibu mentua saya yang menjadi tulang belakang memberi sokongan kepada saya untuk memulihkan jiwa ini. Ibu mentua saya juga selalu bertanya khabar dan ambil berat terhadap kami.
Berbicara lebih lanjut, Tash turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.
Terima kasih kepada semua saya ucapkan atas segala doa yang baik-baik itu. Buat suami, terima kasih juga sebab sanggup layan kerenah saya yang macam-macam dan selalu masakkan makanan enak untuk saya.
Semoga rumah tangga yang dibina ini kekal bahagia, tenang dan mendapat keberkatan daripada Allah di dunia dan juga akhirat.