Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTawaran Berlakon Kurang ‘Lebat’ Kerana Tak Hensem, Kodi Rasheed Kekal Permisif –...

    Tawaran Berlakon Kurang ‘Lebat’ Kerana Tak Hensem, Kodi Rasheed Kekal Permisif – ‘Rezeki Aku Allah Dah Susun’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon berbakat, Kodi Rasheed berlapang dada dan kekal permisif meskipun kurang mendapat tawaran lakonan disebabkan rupa parasnya yang tidak sekacak pelakon lelaki yang lain.

    ‘Rezeki Allah dah susun’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by ShAzmEeR (@kodi_rasheed)

    Menerusi hantaran di Instagram (IG), pemilik nama Mohd Zhazmeer Mohd Rasheed mendedahkan bahawa dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu malah percaya rezekinya di dalam industri hiburan sudah pun tertulis.

    Dialog orang atasan, ‘Muka Kodi tu boleh jual ke?’, ‘Kalau letak muka Kodi di poster boleh tarik penonton datang panggung ke?’, ‘Followers Kodi tak ramai’, ‘Kodi pilihan terakhir kalau pelakon lain tak free’.

    Jangan risau aku okay sebab aku tahu rezeki aku Allah dah susun.

    Dalam pada itu, pelakon filem ‘M4MA’ ini memaklumkan dia tumpang gembira dengan kejayaan rakan-rakan seperjuangannya di dalam industri lakonan.

    Aku ‘happy’ tengok sahabat lain terbang tinggi dan aku ‘happy’ sekiranya orang atasan yang tak percaya pada aku nak bekerjasama kerana akan ada hikmah sebaliknya.

    Insya-Allah nanti kita jumpa di atas okay?

    Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat Kodi dan menyatakan bahawa mereka suka akan lakonan yang dibawa Kodi dalam mana-mana naskhah yang dibintanginya.

    Menjengah ke ruangan komen, bakat lakonan yang ada pada Kodi turut dipuji rakan artisnya yang lain.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts