Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTBA Bakal Adakan Konsert Sulung Di Malaysia, 29 November Depan!

    TBA Bakal Adakan Konsert Sulung Di Malaysia, 29 November Depan!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Trio popular Indonesia, TBA yang dahulunya dikenali sebagai Coboy Junior dan CJR bakal beraksi di Malaysia pada November ini. Mereka bakal mengadakan konsert sulung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 November depan!

    29 November nanti

    Kehadiran TBA yang dianggotai Teuku Ryzki, Bastian Steel dan Alvaro Maldini ini dibawakan oleh gandingan penganjur Ikarl Project dari Malaysia dan Evb Group dari Singapore serta mendapat sokongan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama), manakala Emina Cosmetic Malaysia pula selaku penaja.

    Konsert sulung TBA yang popular menerusi lagu U-Uh ini akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 November nanti. Trio ini meniti populariti menerusi genre pop dan persembahan bertenaga ketika dikenali sebagai Coboy Junior dengan anggotanya Ryzki, Iqbaal, Bastian dan Aldi.

    Mereka popular dengan lagu seperti Kamu pada 2011, Eeaaa (2012) dan Kenapa Mengapa (2012).

    Menurut penganjur, mereka meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa peminat akan disajikan dengan persembahan hebat, bertenaga dan dinamik daripada TBA.

    Kami sememangnya teliti dalam pemilihan artis untuk dibawa ke Malaysia. TBA adalah pilihan yang tepat memandangkan mereka mempunyai kualiti persembahan yang bermutu dan hebat.

    Menerusi konsert ini nanti, TBA akan mempersembahkan koleksi lagu-lagu hit serta beberapa lagu baru yang belum pernah didendangkan sebelum ini.

    Peminat akan dihiburkan dengan persembahan yang memukau, menjadikan malam itu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

    Selain TBA peminat juga akan disajikan dengan persembahan UN1TY dan artis tempatan, Syaffiq Sahli.

    Pada awalnya, penganjur memilih Amir Hariz yang popular menerusi lagu Peluang Kedua untuk ditampilkan dalam konsert ini. Poster juga sudah dikeluarkan. Bagaimanapun kesilapannya memuatkan aktiviti membuang kucing menerusi TikTok membuatkan dia menerima kecaman daripada peminat dan Persatuan Pencinta Kucing.

    ALSO READ:  ‘Mak Cik Bawang’ Dakwa Intan Najuwa Cucuk Bibir? Tuan Badan Jawab – ‘Saya Overline Lips Saja’

    Kesan daripada kecaman ini turut terkena tempiasnya pada TBA sehingga ada peminat mengecam mereka kerana memilih Amir Hariz. Justeru keputusan muktamad diputuskan penganjur dengan mengugurkan Amir Hariz dan menggantikannya dengan Syaffiq Sahli.

    Maklumat mengenai pembelian tiket untuk menonton Konsert TBa didapati  di evb.ubertickets.asia.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,218FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts