Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Teater Di Sebalik Topeng Tidak Mengaibkan Sesiapa, Itu Cerita Sebenar & Realiti...

    ‘Teater Di Sebalik Topeng Tidak Mengaibkan Sesiapa, Itu Cerita Sebenar & Realiti Sekarang’ – Ogy Ahmad Daud

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penerbit terkenal, Fauziah Ahmad Daud mengakui tiada niat untuk mengaibkan sesiapa menerusi teater terbitannya berjudul Di Sebalik Topeng.

    Teater Di Sebalik Topeng

    Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Ogy sebaliknya menjelaskan ianya sekadar ingin mengusik isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

    Tambah Ogy lagi, sekiranya terdapat netizen yang mensensasikan dialog atau jalan cerita yang dilontarkan dia tidak ambil peduli kerana karya yang dihasilkan mencerminkan realiti yang berlaku dalam masyarakat kini.

    Netizen kadang-kadang kita buat sesuatu perkara pun mereka akan kecam. Seperti dialog saya dalam teater ini, mereka suka ‘mengorek’ cerita.

    Apa saja cerita saya yang tidak ‘FYP’ (trending), sampai saya kadang-kadang pun terfikir, cerita apa ni?

    Apa yang dipersembahkan itu adalah cerita benar dan realiti sekarang. Saya tidak rasa sudah buat sesuatu yang salah sebab kami tidak mengaibkan sesiapa. Saya pun tahu Akta Media Sosial.

    Ogy berkata demikian ketika ditemui di majlis pra-tonton teater Di Sebalik Topeng yang berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, pada Jumaat.

    Bukan sekadar hiburan tapi wadah untuk renungan bersama

    Dalam pada itu, Ogu memaklumkan bahawa teater Di Sebalik Topeng bukan sekadar hiburan sebaliknya berharap agar mesej yang disampaikan melalui teater tersebut dapat menyedarkan orang ramai tentang kesan negatif terhadap komen dan kritikan yang dilemparkan di media sosial sehingga boleh menyebabkan semangat atau jiwa seseorang itu hilang.

    Teater ini satu wadah untuk kita merenung diri dan memahami erti kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.

    Setiap watak yang dipersembahkan dalam teater ini melambangkan topeng-topeng yang kita pakai untuk menyembunyikan perasaan dan luka yang kita alami.

    Dalam masa sama, teater itu turut menekankan kepentingan mencari bantuan dan memahami kesakitan emosi adalah sebahagian kehidupan yang perlu diatasi, bukan disembunyikan.

    Masyarakat kita masih lagi canggung dan kurang faham kepentingan merawat masalah itu sendiri, dalam dialog monolog pembuka ada menyebut “aku sihat, aku tak sakit” dan itu sendiri menunjukkan dia sendiri tidak sedar dirinya perlu dirawat.

    Saya berharap teater ini juga dapat membantu masyarakat kita ini memahami kepentingan sistem sokongan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan mental dan emosi.

    ‘Sebuah experimental kepada situasi sebenar’

    Sementara itu, pengarahnya Zainorhisyam Samudin berkata, dia berharap pementasan ini dapat membuka mata masyarakat terhadap kepentingan sokongan emosi.

    Teater ini adalah sebuah experimental kepada situasi sebenar yang berlaku dalam kehidupan kita.

    Dalam teater ini kita persembahkan pelbagai latar kehidupan yang membawa kepada gangguan mental itu sendiri yang mana ada sosok narsisitik, penagih dadah, scammer, wanita yang melalui dugaan dihina dan dikecam, pemerdagangan manusia dan mangsa penderaan.

    Semua ini berlaku di sekeliling kita dan kita tekankan pada pengakhirannya kepentingan sistem sokongan dari semua pihak.

    Teater Di Sebalik Topeng yang akan dipentaskan bermula hari ini dan esok di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, Menara DBP bakal menyaksikan Ogy memegang watak sebagai isteri kepada seorang tokoh politik yang pernah berkuasa sehingga menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan mental.

    ALSO READ:  Lagu Balada Tak Bawa Tuah, Salma Mahu Cuba Genre Rock Pula

    Melalui sesi terapi kumpulan, wanita berkenaan tidak bersendirian, sebaliknya ditemani beberapa individu lain yang juga cuba melepaskan diri daripada trauma dan bebanan hidup.

    Di Sebalik Topeng menggunakan latar belakang sesi terapi sebagai medan menyingkap kisah setiap watak yang penuh adegan rahsia.

    Selain Ogy, teater terbabit turut dilakonkan oleh Rayden Ahmad, Luqman Muqri, Leesha MK, Nor Azila, Gibran Agi dan Ard Omar.

    Tiket untuk menyaksikan teater Di Sebalik Topeng kini dijual pada harga RM54, RM104, dan RM154, dan boleh didapati melalui  www.iLassoTickets.com.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts