Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTEGKANG – Angkat Tema Tentang Kasih Sayang, Kebebasan Dan Janji

    TEGKANG – Angkat Tema Tentang Kasih Sayang, Kebebasan Dan Janji

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Boleh dikatakan industri perfileman tanah air sudah terlalu banyak dibanjiri dengan naskhah yang bergenre seram, aksi atau komedi.

    Menonjolkan Budaya Masyarakat Setempat

    Agak jarang untuk melihat sesebuah filem tempatan menonjolkan paparan budaya sesebuah masyarakat terutamanya pada masa sekarang, di sebalik jalan cerita yang menyentuh perasaan.

    Oleh yang demikian, ia memberikan inspirasi kepada syarikat produksi MyContent Distribution Sdn Bhd untuk menghasilkan sebuah filem berjudul Tegkang.

    Penerbit Eksekutif, Lyn Nasihin berkata, perkataan ‘Tegkang’ diambil daripada bahasa kaum Kelabit di Sarawak yang bermaksud ‘Pelangi’.

    Ia bukanlah sekadar sebuah cerita cinta semata-mata, tetapi turut mengangkat tema tentang kasih sayang, kebebasan dan sikap berpegang pada janji.

    99 Peratus Pelakon Tempatan Kelabit

    via My Content Distrubition

    Filem ini menampilkan barisan pelakon iaitu Syafie Naswip dan Michelle Lungan yang juga seorang pelakon Kelabit kelahiran Sarawak.

    Mengenai keistimewaan filem ini, pihak filem menggunakan 99 peratus pelakon tempatan Kelabit dan penggambaran juga hampir keseluruhannya dilakukan di Bario.

    Paling istimewa apabila baru-baru ini Tegkang memenangi Anugerah Juri di Festival Lift-Off yang dihoskan oleh Pinewood Studios UK.

    Selain itu, filem ini turut dipilih sebagai Filem Penutup Festival Filem Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIFF) 2024.

    Yang terbaharu, Tengkang turut menang beberapa kategori seperti Pelakon Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Filem Cereka Terbaik di acara Borneo Arts And Creative Awards (BACA) 2024 yang  berlangsung di Kuching pada September lalu.

    Filem Tegkang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 28 NOVEMBER 2024.

    Related articles

    Follow Us

    20,213FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts