Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTeguh Pendirian Tidak Mahu Bermadu, Puteri Sarah Nasihat Wanita Yang Diduakan Suami...

    Teguh Pendirian Tidak Mahu Bermadu, Puteri Sarah Nasihat Wanita Yang Diduakan Suami Utamakan Diri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam membina hubungan suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya sentiasa seimbang, mewujudkan toleransi dan berpegang kepada tanggung­jawab.

    Namun, sejak kebelakangan ini, banyak kes kecurangan rumah tangga berlaku. Ada yang mendapat perhatian media, tidak kurang juga yang sekadar berlaku dalam kalangan keluarga mahupun teman.

    Walau apapun situasinya, kisah kecurangan pasangan bukanlah isu enteng. Berbanding lelaki, wanita selalunya menjadi mangsa dalam kes sebegini.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon, Puteri Sarah Liyana, menasihatkan, mana-mana wanita yang tahu bahawa dirinya telah diduakan suami supaya membuat keputusan dengan mengutamakan kebahagiaan diri serta anak-anak.

    Puteri Sarah berkongsi nasihat berkenaan menerusi sebuah hantaran di Instagram setelah ramai yang bertanya pendapat peribadinya mengenai isu rumah tangga membabitkan seorang pempengaruh yang berkahwin dua yang tular kebelakangan ini.

    “Buatlah apa-apa yang boleh membuatkan kamu bahagia jika tidak memudaratkan. Saya gembira dengan keputusan dan kekal teguh dengan pendirian saya.

    “Jangan dengar hasutan orang lain dan biarkan mereka yang buat keputusan untuk kamu. Fikirlah apa yang terbaik untuk kamu dan anak-anak.

    Selain itu, Sarah juga memaklumkan bakal menunaikan umrah dalam masa terdekat dan membuka peluang jika ada yang ingin mengirim doa untuknya.

    “Kebetulan lusa Sarah akan pergi umrah. Nak kirim doa?” tulisnya.

    Pelakon Hijrah Jannah itu juga turut berkongsi doa yang diamalkannya menerusi hantaran berkenaan.

    “Ya Allah, caramu mendewasakanku begitu hebat. Sihatkanlah aku, lapangkanlah hatiku, perkuat lagi bahuku.

    Terdahulu, Sarah sah bercerai dengan Pengarah sensasi, Syamsul Yusof, pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Kemelut rumah tangga pernah hangat diperkatakan apabila Syamsul mendedahkan sudah bernikah kali kedua dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand, awal tahun lalu.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts