Kepelbagaian bangsa dan budaya telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara unik dan istimewa di mata dunia.
Bersempena sambuatan kemerdekaan tahun ini, Media Prima Berhad melancarkan kempen Manis Pahit Bersama.
Makanan Paling Best
Dari 25 Jun hingga 31 Jun 2024 lalu, Group Marketing dari Media Prima Berhad telah menjalankan online survey untuk mengetahui makanan kegemaran pelancong yang datang ke Malaysia.
Berdasarkan hasil kajian tersebut, lima makanan kegemaran pelancong telah kami senarai pendekkan iaitu nasi lemak, teh tarik, char kuey teow, roti canai dan satay.
Kali ini anda pula perlu bantu kami dengan melengkapkan tinjauan tersebut menerusi undian Makanan Paling Best Malaysia di says.com/manispahitbersama.
Untuk makluman anda, ketika ini teh tarik sedang menjuarai senarai makanan tersebut.
Apa Yang Buat Malaysia Paling Best?
Selain itu, menerusi kempen yang sama kami telah bertanya sendiri kepada masyarat di negara ini tentang Apa Yang Buat Malaysia Paling Best?.
Pelbagai jawapan yang diberikan oleh rakyat Malaysia antaranya makanan, budaya dan destinasi pelancongan. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton temu bual kami bersama rakyat Malaysia di Facebook atau Instagram kami.
“Kamu #Geng mana”
Bukan itu sahaja, rebut peluang untuk melihat gambar anda di papan iklan digital kami dengan menghantar gambar anda bersama makanan kegemaran Malaysia menggunakan bingkai “Kamu #Geng mana”.