Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTeka-Teki Akhirnya Terjawab, Naqiu Bergandingan Dengan Joey Daud Di FD4

    Teka-Teki Akhirnya Terjawab, Naqiu Bergandingan Dengan Joey Daud Di FD4

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Persoalan siapakah gandingan Naqiu di pentas Famili Duo Empat (FD4) akhirnya terjawab selepas pelakon dan pelawak Joey Daud diumumkan menjadi pasangannya.

    Gandingan mantap!

     

    Pasangan duo sepupu tersebut mengakhiri pentas FD4 minggu pertama dengan mempersembahkan lagu medley Akhirnya Kini Pasti yang dipopularkan oleh Anita Sarawak dan Sinaran nyanyian Sheila Majid.

    Menerusi persembahan tersebut, Naqiu dan Joey mendapat tepukan gemuruh daripada peminat mereka yang hadir di Studio NTV7 Glenmarie, Shah Alam.

    Untuk info, pasangan itu bersama lima lagi peserta lain membawa tema bebas pada minggu ini.

    Bagi edisi kali ini, FD4 menggandingkan Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos manakala menampilkan gandingan baharu di kerusi juri iaitu Datuk Rosyam Noor dan Mummy Mas Idayu.

    Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri (70%) dan undian atas talian melalui Tonton (30%).

    Duo juara mingguan akan memenangi hadiah berjumlah RM10,000 setiap minggu (7 episod  pertama), dan juara pentas akhir FD4 akan memenangi hadiah RM100,000!

    Untuk musim terbaharu, selain Naqiu dan Joey (sepupu) lima pasangan lagu yang turut berentap adalah Shiha Zikir dan Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid dan Anne (adik-beradik), Ayie Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok dan Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah dan Thamiera (sepupu).

    FD4 bermula 20 Oktober 2024 dan bakal bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3.

    FD4 juga boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Kes Kanak-Kanak Termakan Keropok Beracun, Pekebun Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,207FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts