Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTeka Teki Netizen Terjawab! Fizz Fairuz Dedah Jantina Anak Kelima – ‘Kami...

    Teka Teki Netizen Terjawab! Fizz Fairuz Dedah Jantina Anak Kelima – ‘Kami Dikurniakan Anak Perempuan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Umum mengetahui, pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz selamat menimang cahaya mata kelima, baru-baru ini.

    Anak perempuan yang kelima

    Terbaru, Fizz berkongsi mengenai status jantina anak bongsunya. Menurut Fizz, isterinya, Datin Almy Nadia selamat bersalin cahaya mata perempuan mereka yang kelima, Rabu lalu.

    Alhamdulillah, kami terima banyak ucapan dan doa daripada peminat. Malah ada yang cakap akhirnya dikurniakan anak lelaki.

    Tapi hari ini biarlah saya maklumkan, kami telah dikurniakan anak perempuan yang kelima.

    Sebagai suami, Fizz meluahkan rasa syukur kerana segala urusan berhubung kelahiran dipermudahkan. Bukan itu sahaja, isterinya turut berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.

    Kalau nak diikutkan, tarikh Almy dijangka bersalin adalah pada 6 Oktober depan. Namun bayi kelima kali lahir lebih dua minggu awal secara normal.

    Syukur semuanya dipermudahkan. Meski dua tiga minggu sebelum kelahiran, Almy mengalami sakit di bahagian bawah perut kerana kedudukan bayi yang sudah ke bawah sehingga dia sering keluar masuk hospital.

    Ketika itu, dia belum boleh bersalin lagi kerana bayi baru berusia 35 minggu. Setiap kali rasa sakit, doktor akan berikan ubat demi memastikan keselamatan bayi dalam perut.

    Jadi bila kandungan sudah masuk minggu ke-37 dan kami sekali lagi ke hospital untuk buat pemeriksaan, didapati sudah ada bukaan sebanyak 2 sentimeter.

    Untuk info, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada April 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.

    Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.

    ALSO READ:  Pengalaman Saya Berpantang Tanpa Makanan Pejal Selama Sebulan - Jasmin Hamid

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts