Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTelenisa: Perjuangkan Hak Perempuan Dalam Undang-Undang Keluarga Islam!

    Telenisa: Perjuangkan Hak Perempuan Dalam Undang-Undang Keluarga Islam!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Korang pernah dengar tentang Telenisa?

    Telenisa, adalah sebuah Klinik Bantuan Guaman bergerak yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan merupakan inisiatif badan bukan kerajaan, Sister in Islam (SIS). 

    Objektif utama Sisters in Islam (SIS) adalah untuk memperjuangkan hak-hak perempuan Islam di Malaysia dalam kerangka Islam, prinsip-prinsip hak asasi manusia, jaminan perlembagaan serta realiti kehidupan dan pengalaman hidup sebagai seorang perempuan.

    Dengan misi untuk memberikan nasihat perundangan secara percuma mengenai isu-isu berkaitan Undang-Undang Keluarga Islam dan Undang-Undang Jenayah Syariah, Telenisa telah membantu lebih daripada 15,000 individu dalam memahami dan menuntut hak mereka.

    Telenisa mahu perempuan tahu hak mereka!

     

    Mahu nasib perempuan terbela, Telenisa menawarkan khidmat nasihat mengenai pelbagai isu dalam Undang-Undang Keluarga Islam, termasuk:

    • Perceraian: Membantu individu memahami proses perceraian dan hak-hak mereka selepas perceraian.
    • Poligami: Memberikan panduan mengenai hak dan tanggungjawab dalam situasi poligami.
    • Nafkah: Menyediakan maklumat tentang hak nafkah isteri dan anak, serta langkah-langkah untuk menuntutnya.
    • Harta Sepencarian: Menjelaskan hak-hak berkaitan pembahagian harta selepas perceraian.
    • Hadhanah (Hak Jagaan Anak): Membantu dalam isu-isu berkaitan hak jagaan anak selepas perceraian.

    Hal ini kerana, masih ramai perempuan diluar sana yang tidak tahu akan hak-hak mereka sebagai isteri, bekas isteri dan seorang ibu.

    Dengan memberikan maklumat yang tepat dan berguna, Telenisa berharap perempuan tidak lagi takut untuk menuntut hak mereka dan membuat keputusan yang tepat dalam situasi yang sukar.

    Statistik & Dapatan 2023: Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas diperlukan.

    Laporan terbaru “Statistik & Dapatan 2023” oleh Telenisa memberikan gambaran mendalam mengenai cabaran yang dihadapi oleh perempuan dalam konteks Undang-Undang Keluarga Islam terutama sekali melibatkan isu penceraian.

    ALSO READ:  Mengenali Siapa yang Sentiasa Tidak Puas Hati, Mungkin Memerlukan Rawatan Perubatan - Memey Suhaiza

    Laporan ini meneliti isu keganasan rumah tangga, curang, nafkah, dan masalah komunikasi, serta menekankan keperluan untuk reformasi dalam sistem perundangan bagi memastikan keadilan bagi perempuan.

    Berikut adalah sebahagian cadangan yang diketengahkan dalam Statistik dan Dapatan 2023.

    • Pendidikan mengenai Hak Nafkah: Meningkatkan kesedaran tentang hak nafkah di kalangan perempuan dan masyarakat umum.
    • Penguatkuasaan Undang-Undang yang Lebih Tegas: Memastikan undang-undang yang ada dilaksanakan dengan lebih berkesan untuk melindungi hak-hak perempuan.
    • Sokongan Kewangan untuk Suami yang Menganggur: Memberikan bantuan kepada suami yang menghadapi kesukaran kewangan untuk memastikan mereka dapat memenuhi tanggungjawab nafkah.

    “Laporan Penuh Telenisa: Statistik dan Dapatan 2023”, boleh didapati DISINI

    Sokong penubuhan Agensi Sokongan Kanak-Kanak

    SIS telah meminta untuk menubuhkan Agensi Sokongan Kanak-kanak untuk memastikan pematuhan dalam pembayaran nafkah anak semenjak tahun 2010 lagi.

    Inisiatif ini terbukti berkesan di negara lain seperti Australia, di mana agensi yang sama telah membantu dalam memastikan hak-hak anak terpelihara dan nafkah dibayar secara konsisten.

    Dengan adanya agensi ini, diharapkan isu-isu berkaitan pembayaran nafkah anak dapat ditangani dengan lebih berkesan, memberikan perlindungan yang lebih baik kepada kanak-kanak yang terjejas oleh perceraian atau konflik keluarga.

    Sebenarnya sejak penubuhannya, Telenisa telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memperjuangkan hak-hak perempuan dan kanak-kanak dalam konteks Undang-Undang Keluarga Islam.

    Telenisa bukan sahaja berfungsi sebagai penyedia nasihat perundangan, tetapi mereka juga merupakan agen perubahan sosial yang berusaha untuk memperbaiki sistem perundangan bagi memastikan keadilan bagi perempuan dan kanak-kanak dalam konteks Undang-Undang Keluarga Islam.

    Oleh itu, jika korang sedang menghadapi sebarang kesukaran dan memerlukan bantuan khidmat nasihat hubungi Telenisa  melalui WhatsApp dan panggilan telefon di talian 012-8123424, atau konsultasi bersemuka melalui temu janji setiap Isnin hingga Jumaat dari 10 pagi hingga 5 petang bertempat di No.4, Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Nadia Annuar Mengenang Momen Emosional 'Tinggalkan' Anak, Akhirnya Mengambil Ubat Tidur pada Malam Hari

    Layari www.sistersinislam.org untuk maklumat lanjut berkaitan telenisa.

    Artikel ini adalah kolaborasi bersama Sisters In Islam dan juga hasil perbincangan bersama Syarifatul Adibah Pegawai Kanan Program bagi Kempen Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu memberikan info tentang semua perkara yang melibatkan pengetahuan seksual yang merangkumi pelbagai aspek seperti kesihatan, komuniti, hubungan dan kekeluargaan serta dasar advokasi.

    Pembaca digalakkan ke microsite kami di SINI untuk maklumat lanjut.

    * Sisters in Islam (SIS) ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memartabatkan hak perempuan Islam di Malaysia dalam kerangka Islam, hak asasi manusia sejagat dan jaminan di bawah Perlembagaan serta realiti dan pengalaman hidup perempuan sendiri. 

    SIS menyediakan khidmat nasihat undang-undang percuma kepada wanita dan lelaki mengenai hak undang-undang mereka di bawah Undang-undang Keluarga Islam dan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syari’ah. 

    Ikuti mereka di Facebook, Instagram dan Twitter untuk maklumat lanjut.

     

     

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts