Tiada siapa yang tahu, Shah Rukh Khan (SRK) pernah mahu berhenti menjadi pelakon di awal kariernya. Ini kerana SRK merasakan dia bukanlah seorang pelakon yang terbaik ketika itu.
Mengimbas semula insiden itu, SRK menceritakan bagaimana dia menempah tiket kembali pulang ke Delhi dari Mumbai kerana dia yakin bahawa ada pelakon yang lebih baik daripadanya.
View this post on Instagram
“Saya terlalu yakin dan fikir saya adalah yang terbaik. Apabila tiba di set, saya sedar semua orang berlakon lebih baik daripada saya. Kemudian saya ambil penerbangan pertama ke Delhi. Saya bergegas ke lapangan terbang, beli tiket dan mahu pulang kerana saya sedar, saya seorang pelakon yang teruk.”
View this post on Instagram
Jelasnya lagi, untuk menjadi yang terbaik, seseorang perlu berpijak di dunia yang nyata.
“Jika anda tidak berada di dunia nyata, anda fikir anda adalah yang terbaik. Setiap kali saya belajar lebih banyak, saya menyedari betapa teruknya saya. Itu yang memeranjatkan saya. Kadang kala saya lihat filem lama, saya berfikir bagaimana saya tidak boleh lakukannya dengan lebih baik?”
View this post on Instagram
Walaupun, dia sudah pun menjadi pelakon senior, dia menyedari betapa banyak lagi perkara yang dia perlu belajar di set dan orang sekelilingnya.