Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Tepat 14 Tahun Kita Hidup Bersama-“-Elyana Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun...

    “Tepat 14 Tahun Kita Hidup Bersama-“-Elyana Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-14

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi dan pelakon, Elyana membuat perkongsian istimewa sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-14 bersama suami, Khairul Anuar Husin, hari ini.

    Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal menerusi hantaran di Instagram menitipkan rasa syukur apabila diberi kesempatan untuk terus menemani sang suami meskipun mengakui dirinya bukanlah seorang manusia yang sempurna.

    “Alhamdulillah. Tepat 14 tahun kita hidup bersama.Saya bersyukur masih diberi kesempatan untuk terus menemani awak. Saya bukan manusia sempurna sama seperti awak juga bukan manusia sempurna. Hidup lah selama mungkin bersama saya…”-titip Elyana di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

    “Macam Sama Je Dua-Dua Dari Awal Kahwin Sampai Sekarang..”

    Perkongsian Elyana dibanjiri dengan ucapan netizen yang mendoakan agar perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.

    “Happy anniversary Kak El dan Abang Khairul , semoga bahagia hingga jannah ❤️.”

    “Happy anniversary for both of you and me too. moga terus kekal bahgia hingga ke jannah insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin YRA 🤲🌹❤️.”

    “Selamat bercinta hingga syurga babe.. 😍 congrats..🔥🔥🔥.”

    “Alhamdulillah..tahniah El..gambar 14 tahun lepas dan sekarang tiada bezanya…so young…❤️.”

    “Macam sama je dua-dua dari awal kahwin sampai sekarang 😍.”

    “Alhamdulillah semoga Allah lindungi hubungan suci ini hingga ke syurga.”

    “Cantiknya dress pengantin dia. Love teruk. Semoga berbahagia hingga ke syurga Elyana dan suami.”

    Sekadar info, Elyana dan suami mendirikan rumah tangga pada tahun 2010. Pasangan ini dkurniakan cahaya mata, Cinta Sumayyah, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani.

    Selain Cahaya, Elyana dan suami turut mengambil seorang lagi anak angkat istimewa yang diberi nama Tulus.

    ALSO READ:  Misteri Kehilangan Penyanyi Nidza Afham, Bapa Aufahanie Laung Azan Di Jambatan Sungai Klang



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts