Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Terbaik! Masih Menjaga Aurat Walaupun Sudah Kurus” – Netizen Puji Cara Pemakaian...

    “Terbaik! Masih Menjaga Aurat Walaupun Sudah Kurus” – Netizen Puji Cara Pemakaian Abby Abadi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semua sedia maklum bahawa pelakon Abby Abadi sekarang ini seringkali berkongsi video memaparkan penampilan terkininya yang sudah semakin kurus.

    Berazam Mahu Turunkan Lagi Berat Badan

    Bersyukur dengan perubahan yang dilakukan, Abby berkata dia berazam untuk mengurangkan lagi berat badan selain sudah ‘insaf’ berbadan besar.

    Lama dah tak ada gambar manis kita kan? Ini yang terkini, meraikan kemenangan berjaya kurus sikit.

    Nak teruskan usaha lagi, doakan tau. Tak nak dobok (gemuk) dah. Insaf!

    Tengok gambar dua tiga bulan lepas, buruk rasa. Nanti saya kongsi lagi ya.

    Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian dari rakan-rakan artis dan juga bekas suami Abby iaitu aktor Norman Hakim yang meninggalkan komen mengatakan dia terkejut melihat perubahan bekas isterinya.

    Masih Menjaga Aurat

    via Instagram Abby Abadi

    Terbaru Abby ada berkongsikan di Instagram miliknya apabila bertemu dengan Norman secara bersemuka.

    Dalam pertemuan tersebut, netizen turut terhibur melihat gelagat Norman yang terkejut melihat perubahan Abby dan turut melakukan tarian yang pernah dipopularkan oleh Abby suatu ketika dahulu bersama kumpulan Elit.

    Salah satu yang menjadi perhatian apabila ada seorang netizen yang turut memuji dengan cara pemakaian Abby Abadi.

    Individu tersebut menyatakan bahawa Abby tetap menjaga pemakaiannya walaupun sudah kelihatan kurus.

    Malah bukan itu saja, netizen juga turut memuji dengan keakraban yang ditunjukkan oleh kedua-dua pelakon ini walaupun masing-masing sudah memiliki keluarga mereka sendiri.

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts