Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTerdiri Daripada 13 Orang Ahli, KLP48 Sedia Pikat Peminat Di Malaysia &...

    Terdiri Daripada 13 Orang Ahli, KLP48 Sedia Pikat Peminat Di Malaysia & Luar Negara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Berani mencipta kelainan! 48 Entertaiment mencuba nasib mempertaruhkan konsep ‘idol group’  buat pertama kali di Malaysia dengan memperkenalkan kumpulan KLP48.

    Berpengkalan di Kuala Lumpur, KLP48 merupakan salah satu legasi kepada kumpulan idola Jepun iaitu AKB48 yang bermula sejak 2005.

    Terdiri daripada 13 orang ahli

    Menurut Pengarah 48 Entertaiment Sdn Bhd, Yip Chun Huei, pihaknya akan mengetengahkan konsep ‘idola yang boleh anda temui’ seperti yang diguna pakai oleh AKB48 sebelum ini. Tambah Chuan Huei, anggota KLP48 diberi kebebasan untuk berinteraksi secara rapat dengan peminat-peminat mereka.

    Konsep idol memang agak asing di Malaysia, tapi konsep yang kami ketengahkan masih sama dengan AKB48 di Jepun. Peminat berpeluang berinteraksi secara dekat dengan semua anggota kumpulan seperti kawan namun tetap menjaga batas.

    Saya percaya dengan cara itu mereka mampu tarik perhatian masyrakat di Malaysia, katanya kepada .

    Berbicara lebih lanjut ketika sesi temu bual bersama media, Chuan Huei berkata, ahli kumpulan KLP48 terdiri daripada pelbagai etnik dan ia membuatkan mereka lain daripada yang lain.

    KLP48 dianggotai oleh 13 ahli dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Jepun, Indonesia dan Hong Kong. Dalam kumpulan ini, ada juga beberapa anggota yang diambil daripada kumpulan lain.

    Bagi saya, pengambilan ahli daripada kumpulan yang lain dapat menyatukan mereka sebagai sebuah kumpulan yang terbaik. Mereka boleh berkongsi pengalaman dan mengharumkan nama KLP48 ke peringkat seterusnya.

    Pada masa yang sama, Chuan Huei menyifatkan KLP48 sebagai kumpulan yang unik kerana terdiri daripada ahli pelbagai etnik kaum. Malah kesemua mereka berkebolehan untuk berkomunikasi lebih dari dua bahasa dan ia membuatkan mereka lebih menonjol daripada kumpulan legasi lain.

    Apa yang uniknya tentang KLP48 ini, ahli kami terdiri dari pelbagai etnik membuatkan kami lain dari lain. Semua anggota mempunyai kebolehan berbahasa asing, malah kebanyakan mereka boleh bercakap lebih dari dua bahasa.

    Kepelbagaian yang kami tonjolkan inilah yang buat kami istimewa di mata peminat memandangkan kami boleh nyanyi dalam pelbagai bahasa.

    Disoal mengenai siapakah kapten yang bakal mengetuai kumpulan ini, Chuan Huei secara ringkas menjawab, pemilihan kapten masih belum dilakukan.

    ALSO READ:  Adakah Masih Ada Rasa Itu? Misha Omar Sajikan Buah Tangan Baru, Peminat Berharap Kejayaan Seperti Lagu 'Sampai Bila' Dilakukan Lagi

    Ahli KLP48 dari Malaysia

    sempat bertanya kepada Chuan Huei mengenai aktiviti yang sudah dilakukan oleh kumpulan KLP48 sepanjang mereka bersama. Ujar Chuan Huei, mereka pernah diberi tugasan seperti mencanting batik dan menebar roti canai di kedai mamak.

    Bagi memupuk semangat berpasukan dan menerapkan nilai kebudayaan di Malaysia, kami pernah membahagikan mereka kepada beberapa buah pasukan untuk membuat aktiviti menarik yang terdapat di sini. Kami juga bawa mereka ke pasar malam dan mencuba pelbagai jenis makanan.

    Di akhir temu bual, Chuean Huei berkongsi mengenai pemilihan warna hijau bagi kumpulan tersebut.

    Seperti semua legasi Kumpulan AKB48, masing-masing dikenal pasti dengan jalur warna tersendiri. KLP48 telah diberikan warna hijau, yang berasal daripada jed Malaysia, merangkumi imej aura lembut, empati dan gabungan nilai yang berbeza.

    Saya berharap peminat di Malaysia akan sentiasa memberikan sokongan kepada KLP48 sama seperti legasi AKB48 yang lain. Dengan beberapa perancangan menarik yang diatur, kesemua ahli KLP48 akan bekerja keras untuk mempamerkan yang terbaik, jadi nantikan apa yang akan dipersembahkan nanti.

    Sekadar info, anggota KLP48 terdiri daripada Yurina (Japan), Salwa (Malaysia), Hillary (Hong Kong), Yi Shyan (Malaysia), Lucine (Malaysia), Cocoa (Japan), Amanda (Malaysia), Ann Drea (Malaysia), Suzuha (Japan), Devi (Indonesia), Khalies (Malaysia), Haruka (Japan) dan Tiffany (Malaysia).

    Selain KLP48, terdapat kumpulan legasi lain yang diperkenalkan di rantau Asia Tenggara termasuk JKT48 (Jakarta), BNK48 (Bangkok), MNL48 (Manila) dan CGM48 (Chiang Mai).

    Sempena acara debut, KLP48 dijadualkan bakal menyertai konsert AKB48 Group Live in KL 2024 ‘Fisrt Cry’ di Zepp Kuala Lumpur pada 18 Ogos depan.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Ibu Aliff Aziz Jawab Tindakan ‘Unfollow’ Bella Astillah, Ajak Orang Ramai Cari Pahala Di 10 Malam Terakhir Ramadan
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts