Penyanyi, Aweera berkongsi rasa sebak terhadap kematian bekas pelumba Moto 3 and Cup Prix negara, Allahyarham Elly Idzlianizar yang meninggal dunia kerana kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam, awal pagi semalam.
Mohon Pelaku Dapat Hukuman Setimpal
Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissham, menerusi hantaran di Instagram, menitipkan doa agar pelaku mendapat hukuman yang setimpal selepas menyebabkan kematian Allahyarham yang merupakan sepupunya itu.
“Hangpa tetak darah daging aku wei! Semoga ada keadilan untuk Abang Ijar @ Elly 🙏🏻🙏🏻😭😭😭.
Semoga pelaku mendapat hukuman yang setimpal!! Takbir!! Allahuakbar!! 😭.”-tulis Aweera di Instagram
View this post on Instagram
“Tergamak Hangpa Buat Macam Tu…”
Akui masih rasa tidak percaya dengan apa yang berlaku. Namun, penyanyi berusia 33 tahun ini redha dengan kematian darah dagingnya itu.
“Aku macam tak percaya. Tergamak hangpa buat macam tu. Allahu, aku redha. I’m so shock! Tapi apapun si pelaku, hangpa merangkak la di Mashsyar.”-tulis Aweera lagi
Menurut laporan Harian Metro, pihak polis mengesahkan bahawa bekas pelumba Moto 3 and Cub Prix negara, Elly Idzlianizar Elias adalah disebabkan kecederaan akibat ditetak selepas pergaduhan di Kangar.
Sama-sama kita doakan agar kematian Allahyarham mendapat pembelaaan yang sewajarnya serta si pelaku mendapat hukuman yang setimpal.
Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Apa komen anda?