Pelakon Muaz Zabir mendedahkan menerima ancaman ‘dilarang’ menjejakkan kaki ke Singapura selepas terbabit kontroversi menjalinkan hubungan dengan Bella Astillah, isteri kepada Aliff Aziz.
‘Saya ada terima ancaman’
Ketika ditemui di majlis rumah terbuka dan sambutan ulang tahun ke-25 rumah produksi Global Station Sdn Bhd, pelakon berusia 27 tahun itu berkata, dia menerima ancaman tersebut menerusi Direct Message (DM) di Instagram.
Saya ada terima ancaman dan ada yang kata jangan datang Singapura. Tapi saya ambil dalam sudut positif. Kalau saya datang bekerja dan tidak mengganggu sesiapa, insyaAllah tak ada apa-apa berlaku.
Kita ada perlembagaan dan undang-undang. Kita pergi sana dengan niat yang baik untuk bekerja bukannya bergaduh. Saya rasa benda ni tak perlu melibatkan negara dan kita cuba meneruskan kehidupan masing-masing dengan lebih baik.
Dalam pada itu, Muaz menjelaskan pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang kerana keadaan masih terkawal.
Tetapi saya tidaklah sampai perlu mengupah pengawal keselamatan atau membuat laporan polis. Saya akan cuba berhati-hati walau di mana sahaja saya berada.
Bagaimanapun, Muaz mengakui kontroversi tersebut memberi impak yang cukup besar dalam kehidupannya namun percaya ada hikmah dengan apa yang berlaku.
Isu ini memberi impak besar dalam kehidupan saya dan keluarga. Apa pun tindakan selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
Kita ini manusia yang kadang-kadang terleka dan tak sedar ada buat kesilapan. Saya juga minta tegur jika saya ada buat kesilapan.
Saya berdoa agar ianya mendatangkan kebaikan kepada saya dan orang lain.
Dalam perkembangan lain, Muaz tampil dengan drama terbaharu berjudul Leha, Leya Lawa lakonan bersama Bella dan Iskandar Chempaka yang telah ditayangkan di aplikasi Tonton sejak 29 April lalu.