Siapa sangka penyanyi Haiza adalah artis kegemaran Almahrum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika mencemar duli berangkat ke studio Kool FM di Sri Pentas pada Rabu.
Baru-baru ini penyanyi dan penyampai radio itu Haiza mengakui terharu apabila dimaklumkan menjadi antara penyanyi kesukaan Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah.
Memetik laporan Harian Metro, Haiza meluahkan perkara yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuatkan hatinya berbunga-bunga sehingga ke hari ini.
“Walaupun momen itu telah beberapa hari berlalu, sebenarnya saya masih berasa sayu dan tak sangka apabila baginda menyapa dan menyatakan saya antara penyanyi ‘favorite’ almarhum ayahanda baginda.
“Sebagai penyanyi tentulah saya terharu apabila Yang di-Pertuan Agong masih ingat saya selepas lama saya tidak mengadakan persembahan untuk majlis rasmi terutama di Pahang.
Menurut penyanyi dangdut itu, sehingga kini dia masih menyimpan buku yang menyimpan senarai lagu kegemaran Almahrum Sultan Ahmad Shah sebagai kenangan paling berharga.
“Saya berpeluang mengadakan persembahan di hadapan baginda dan Sultanah Pahang bermula pada 2004 sehingga 2013 dan apabila selepas itu saya mula aktif sebagai penyampai radio.
Seputar info, pasangan Diraja itu turut melawat konti stesen radio di bawah rangkaian Media Prima Berhad termasuk Kool FM seteruskan meluangkan masa bersama penyampai seperti Haiza dan Muaz.