Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTerkilan ‘Dibuang’ Hanya Kerana Mintak Naik Gaji RM500, Tyzo Menangis Akui Rasa...

    Terkilan ‘Dibuang’ Hanya Kerana Mintak Naik Gaji RM500, Tyzo Menangis Akui Rasa Diri Teraniaya Meskipun Bersikap Profesional

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umum mengetahui dalam ekonomi semasa, ramai yang mengeluh bahawa biarpun sudah bekerja dua tiga tahun, tetapi gaji masih tetap sama dan tidak berubah.

    Malah, rata-rata pekerja meluahkan sangat sukar untuk mendapatkan pertambahan gaji, namun apakah punca gaji masih berada di ‘takuk’ yang sama tanpa sebarang kenaikkan setelah memenuhi kriteria sebagai seorang pekerja yang baik ?

    Berbahas soal ini, sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai penyampai radio, Tyzo Xander yang sudah tamat berkhidmatannya di Suria FM pada Jumaat lalu.

    Menerusi perkongsian di Instagram, Tyzo berkata dia masih mahu menghiburkan pendengar namun ini bukan kehendaknya dan terpaksa meninggalkan Suria FM tanpa kerelaan hati.

    Terkini, Tyzo menafikan tidak berminat menyambung kontrak seperti didakwa Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media, petang tadi.

    Katanya, kebiasannya pihak pengurusan akan bertanya pada saat akhir iaitu seminggu sebelum kontrak tamat.

    Namun, katanya, dia terkejut pihak pengurusan Suria FM buat kesimpulannya tidak berminat hanya kerana tidak memaklumkan dua bulan sebelum kontrak tamat.

    “Mereka buat kesimpulan saya tak berminat hanya sebab saya tak ‘update’ pihak pengurusan, sedangkan sebelum ini seminggu sebelum kontrak tamat barulah mereka akan tanya dan sambung kontrak.

    “Tapi, lain pula cerita kali ini? Sebelum ini, kontrak Sharifah Shahirah diperbaharui enam bulan sekali, tapi kenapa bila giliran saya terus buat kesimpulan saya tak berminat?

    “Jika besar kepala atau diva, saya takkan tandatangani kontrak walaupun syarikat nak naikkan gaji,” katanya

    Bagaimanapun memetik laporan Harian Metro, penamatan kontrak penyampai radio Suria FM, Tyzo diambil selepas membuat pertimbangan menerusi tinjauan jumlah pendengar dan kewangan syarikat.

    ALSO READ:  Suliza Salam Membantah Dakwaan Bekas Suami Mengenai Pencurian 4 Pita Filem Sarimah Ahmad - 'Dia Tidak Suka Menganiaya Orang'

    Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group dan Pengerusi Star Media Radio Group, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse berkata, keputusan dibuat selepas berbincang bersama Tyzo.

    Bagaimanapun, Mohd Aminuddin berkata, gaji Tyzo tetap akan dibayar mengikut kontrak sehingga 9 Mac depan.

    “Tyzo tak cakap apa-apa. Jadi, saya kaji jumlah pendengar dan sebagainya. Saya buat kesimpulan Tyzo tidak berminat meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio.

    “Saya buat keputusan kontrak Tyzo tidak akan disambung. Ini adalah keputusan saya sebab ia adalah tanggungjawab saya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts