Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTerlalu Dengar Kata Orang, Mak Jenny Ragu-Ragu Mahu Pembedahan Lutut

    Terlalu Dengar Kata Orang, Mak Jenny Ragu-Ragu Mahu Pembedahan Lutut

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nubhan, penyanyi yang terkenal dengan lagu “Ada Untukmu”, baru-baru ini mendedahkan satu kisah yang mencuit hati dan sedikit kelakar tentang ibunya, Badariah Omar atau lebih mesra dengan panggilan Mak Jenny. Mak Jenny, yang kini berusia 80 tahun, sebenarnya berdepan dengan dilema besar mengenai pembedahan lutut yang dicadangkan oleh doktor.

    Walaupun sudah sampai ke tahap 4 dan lututnya hampir “haus”, Mak Jenny masih ragu-ragu untuk menjalani pembedahan tersebut. Kerana takut dengan kata-kata orang sekeliling yang mengatakan, selepas pembedahan, dia mungkin tidak akan mampu berjalan lagi. Alahai, siapa sangka, ibu kepada seorang penyanyi terkenal pun ada juga fobia dengan momokan yang kedengaran di sana sini.

    Nubhan dengan selamba menceritakan bahawa ibunya itu lebih mempercayai kata-kata kawan-kawan dan makcik-makcik yang selalu berkumpul sambil makan sambal belakang rumah daripada nasihat doktor. “Mak dengar cakap kawan-kawan, mak cik-makcik sambal belakang rumah, sampai sekarang berbolak-balik hati dia. Kadang-kadang nak buat, kadang-kadang tak nak,” kata Nubhan sambil ketawa.

    Rasanya, Mak Jenny lebih percaya kepada kata-kata mereka yang memberi amaran bahaya selepas pembedahan, berbanding cadangan doktor yang mengatakan pembedahan itu perlu dilakukan sebelum ia terlambat.

    Walaupun Nubhan sudah bertanya kepada pakar dan diberikan nasihat bahawa pembedahan lutut adalah langkah terbaik selagi Mak Jenny masih boleh berjalan, ibunya tetap berhati-hati. “Doktor kata kalau Mak masih boleh jalan, boleh buat ‘full knee replacement’, tapi kalau dah tak boleh jalan nanti, buat apa-apa pun dah tak guna,” tambah Nubhan, seakan tidak mahu melepaskan peluang untuk memastikan ibunya mendapatkan yang terbaik.

    Nubhan juga mengimbau kembali pengalaman pembedahan ibu pada masa lalu ketika membuang rahim, di mana doktor pada mulanya memberi amaran bahawa ada kemungkinan Mak Jenny tidak akan bangun kerana faktor usia. Tapi alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan oleh Allah.

    ALSO READ:  Rizky Febian Dan Mahalini Perlu Nikah Semula, Pernikahan Terdahulu Diisytihar Tidak Sah Hukum Syariah

    Namun, satu perkara yang pasti, Mak Jenny memang jenis yang tak suka duduk diam. Dia gemar berjalan-jalan dan terbang ke sana sini. Nubhan yang begitu menyayangi ibunya mahu memastikan dia dapat terus aktif dan tidak terhad pergerakannya. “Mak suka berjalan, suka terbang sana sini. Saya mahu yang terbaik untuknya,” kata Nubhan dengan penuh kasih sayang.

    Selain daripada cerita perubatan yang agak berat ini, Nubhan juga mendedahkan bahawa ibunya menjadi semakin popular selepas dia mula berkongsi video-video lucu bersama Mak Jenny di media sosial.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts