Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTerlalu Rapat Dengan SRK, 5 Aktres Ini Hampir Digelar ‘Penyondol’ Oleh Peminat

    Terlalu Rapat Dengan SRK, 5 Aktres Ini Hampir Digelar ‘Penyondol’ Oleh Peminat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sesuai digelar sebagai “King of Bollywood“, Shah Rukh Khan (SRK) sememangnya seorang bintang yang terkenal di India dan juga antarabangsa.

    Seiring dengan kejayaannya dalam bidang perfileman, dia dikatakan sangat rapat dengan beberapa pelakon Bollywood terutamanya pelakon yang bekerja bersamanya.

    Walaupun begitu, keakrabannya itu sering disalah ertikan. Ini kerana muncul beberapa khabar angin, dia telah berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan rakan pelakon wanita.

    Nak tahu siapakah pelakon wanita itu? Scroll dan baca di bawah.

    1. Juhi Chawla

    Rapat sejak awal kariernya, Juhi Chawla pernah digosipkan bercinta dengan SRK. Memetik beberapa laporan, SRK pernah menyerang sebuah syarikat akhbar kerana berkongsi berita palsu mengenai hubungan mereka.

    Foto – Times of India

    Juhi dan SRK kekal sebagai kawan rapat SRK sehingga sekarang.

    2. Rani Mukerji

    Membintangi beberapa filem bersama, termasuklah ‘Kuch Kuch Hota Hai’ dan ‘Chalte Chalte’, Rani Mukerji pernah didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan SRK kerana mereka chemistry antara mereka sangat kuat.

    Foto – Yes Punjab News

    Namun, hubungan mereka sentiasa profesional dan hanya kawan baik sahaja.

    3. Aishwarya Rai 

    Sebelum berkahwin dengan Abhishek Bachchan, Aishwarya Rai dan SRK sering membintangi beberapa filem bersama, termasuklah filem hit ‘Mohabbatein’.

    Foto – The Indian Express

    Berita mengenai hubungan rapat mereka sentiasa menjadi perhatian ramai, tetapi kedua-duanya menafikannya dan mengekalkan hubungan profesional yang sangat baik.

    4. Karisma Kapoor

    Foto – Reddit

    Karisma Kapoor dan SRK pernah membintangi beberapa filem romantik yang menjadi kegemaran ramai. Walau bagaimanapun, keakraban mereka hanya dalam had profesional sahaja.

    5. Priyanka Chopra 

    Membintangi beberapa filem bersama termasuklah ‘Don’ dan ‘Don 2’, Priyanka dan SRK terpalit dalam kontroversi hubungan sulit.

    Foto – India Forum

    Kontroversi ini menjadi teruk sehingga Gauri Khan melarang SRK daripada berlakon bersama Priyanka. Kini kedua-duanya tidak pernah bertemu dan berlakon bersama bagi mengelakkan spekulasi kecurangan berlaku.

    ALSO READ:  Rumah Tangga Baru Setahun Jagung, Neelofa Akui Turut Melalui Ujian Serta Kekurangan Pasangan

    Apa pendapat kamu?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts