Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTerlalu Sedih Mendengar Lagu Penyanyi Kesayangan, Peminat Mohon Henti Putar Lagu Arwah...

    Terlalu Sedih Mendengar Lagu Penyanyi Kesayangan, Peminat Mohon Henti Putar Lagu Arwah Ibnor Riza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jika hati sudah terikat dan terbuai dengan lagu magis hasil karya seni yang menemani dikala hati sedang lara, manakan tidak terasa sedih jika penyanyi kesayangan mereka ini meninggal dunia.

    Terdahulu berakhirlah penderitaan penyanyi terkenal era 1980-an, Allahyarham Ibnor Riza yang bertarung melawan kanser Limfoma tahap empat, sejak disahkan doktor menghidap penyakit kronik itu, Februari lalu.

    Segala kesakitan ditanggung selama ini, hilang dibawa pergi bersama jasad yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, berdekatan kampung halamannya.

    Terbaharu, Isteri penyanyi Allahyarham Ibnor Riza, Sarimah Sulaiman memaklumkan dihubungi peminat suaminya yang meminta agar lagu-lagu arwah tidak diputarkan ketika ini.

    Sarimah memaklumkan, pada awalnya dia terkejut mendengar permintaan peminat arwah Ibnor namun faham dengan kesedihan mereka yang mahu menghormati pemergiaannya.

    “Ada seorang peminat menghantar mesej kepada saya, minta saya uar-uarkan agar lagu arwah tidak diputarkan buat sementara waktu.

    “Saya faham ramai yang sedih dengan pemergian arwah. Namun saya tiada hak untuk menghalang masyarakat putarkan lagu itu di mana-mana platform seperti TikTok atau sebagainya.

    Sarimah terkejut mendengar permintaan peminat arwah Ibnor namun faham dengan kesedihan mereka yang mahu menghormati pemergiaan arwah.

    “Walaupun baru arwah pergi, saya sudah mula rindu kehadiran arwah yang selalu ceriakan hidup saya dan anak lelaki kami. Masih terbayang kali terakhir lihat wajahnya, arwah tenang dan seolah tersenyum,” katanya.

    Ibnor yang disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada Mac lalu difahamkan telah melakukan kemoterapi sebanyak 13 kali.

    Penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah sebelum itu dilaporkan tidak sedarkan diri selepas dua kali menjalani pembedahan bagi membuang air di bahagian kepala susulan sel kanser limfoma dan masalah pendarahan.

    ALSO READ:  Watie Menyediakan Asam Pedas Paling Sedap, Menurut Shuib

    Untuk rekod, Ibnor dan Seri mendirikan rumah tangga pada 2009 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 13 tahun.

    Ibnor juga memiliki seorang cahaya mata perempuan bersama isteri pertamanya, Norhayati Md Nor.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts