Seorang daripada dua beradik yang termakan keropok disyaki mengandungi racun tikus telah menghembuskan nafas terakhir, pada Rabu.
Salam takziah
Menurut ibu, Nurain Hasnorizal, anak sulungnya iaitu Muhammad Akil Syauqi yang berusia 3 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 8:30 pagi ketika menerima rawatan.
Abang (Muhammad Akil Syauqi) sudah tiada (meninggal dunia) ketika terima rawatan. Urusan bedah siasat akan dijalankan dan jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim bagi disemadikan.
Sebelum ini, Muhammad Akil dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal selepas termakan keropok didakwa dicampur racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah.
Makanan ringan itu digantung pada pagar dawai, didakwa bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanaman pekebun.