Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTerokai Keindahan Chiang Mai Dengan 7 Penginapan Airbnb Yang Unik Ini

    Terokai Keindahan Chiang Mai Dengan 7 Penginapan Airbnb Yang Unik Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Berhasrat untuk meneroka destinasi baharu? Dengan lebih banyak penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Chiang Mai, kini lebih mudah untuk rakyat Malaysia melawati kota yang memukau ini.

    Di samping anda menjelajah pasar malam yang meriah, kuil-kuil dan pemandangan semula jadi yang menakjubkan, berikut adalah tujuh penginapan Airbnb yang menjanjikan satu percutian yang sukar dilupakan.

    Keindahan di Tengah-tengah Kota Chiang Mai

    via Airbnb

    Dala Ping River House memaparkan gabungan kemodenan bandar dengan ketenangan alam semulajadi.

    Dengan lokasi yang terletak di sekitar Sungai Ping, ia bukan sahaja menawarkan penginapan yang santai dengan kolam renang peribadi, malah hanya beberapa saat dari Thapae Gate dan Nimmanhaemin!

    Baan Nimman Garden Villa pula menawarkan penginapan gaya kontemporari ‘Lanna’ yang dikelilingi kehijauan –  sesuai untuk kumpulan pelancong yang ingin menginap berhampiran dengan kawasan tarikan pelancong.

    Suasana Hutan yang Aman Damai

    via Airbnb

    Jika anda ingin beristirahat dan ‘relax’, enchanting treehouse yang terletak di tengah-tengah hutan rimba tentunya penginapan yang sempurna buat anda!

    Nikmatilah pemandangan indah dari balkoni sambil menghayati bunyi aliran air sungai yang menenangkan jiwa.

    Ia terletak berhampiran sebuah kampung yang dikelilingi alam semula jadi yang indah, menjadikannya destinasi ideal untuk menyegarkan minda dan badan anda.

    Suasana Kampung yang Memukau

    via Airbnb

    Mengidamkan keindahan suasana kampung sambil terpukau oleh magis kota Chiang Mai? Penginapan-penginapan Airbnb berikut menjanjikan percutian yang menakjubkan:

    Lana House: Rumah penginapanan gaya ‘Lanna’ Thai yang terletak di tengah-tengah kehijauan Chiang Mai. Ia memaparkan satu taman bunga yang luas dengan suasana yang cantik dan tenteram.

    Traditional House: Rumah kayu ini menawarkan pemandangan gunung yang mempesona. Ia bukan sahaja dikelilingi hutan buluh dan pepohon jati, tetapi juga terletak berhampiran dengan mata air panas.

    ALSO READ:  Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah, Diserang Dua Individu Guna Tukul Besi – ‘Tak Sangka Saya Pula Kena’

    Keselesaan Kontemporari

    via Airbnb

    Bagi anda yang menggemari reka bentuk kontemporari, The Duplex melambangkan kemewahan moden.

    Vila ini memaparkan panorama kuil-kuil indah dan pergunungan Doi Suthep, lengkap dengan gaya industri minimalis dan balkoni untuk menghayati matahari terbenam.

    Di samping itu, Maya Green menyatukan unsur kemodenan dan perkampungan yang unik. Vila ini terletak berhampiran dengan bandar namun dikelilingi persekitaran yang damai.

    Ia dilengkapi sebuah kolam renang air masin dan taman tropika, sekali gus menawarkan satu tempat beristirahat yang sempurna selepas anda menerokai tarikan-tarikan yang berdekatan.

    Untuk lebih inspirasi percutian, layari  www.airbnb.com

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts