Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTerpaksa Berpindah Sebanyak 11 Kali, Diana Danielle Kongsi Cerita Dilahirkan Daripada Keluarga...

    Terpaksa Berpindah Sebanyak 11 Kali, Diana Danielle Kongsi Cerita Dilahirkan Daripada Keluarga Bawahan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon popular Diana Danielle, 33, baru-baru ini berkongsi pengalaman hidupnya yang penuh dengan kesusahan semasa zaman kanak-kanak. Melalui perbualan dalam ‘podcast’ di YouTube Debonair Podcast kendalian Deborah Henry, Diana mendedahkan bahawa dia pernah melalui kehidupan yang sangat mencabar bersama ibunya yang merupakan ibu tunggal.

    “Saya datang dari latar belakang yang sangat bawah. Kami pernah tiada rumah dan terpaksa menumpang di rumah keluarga dan kawan-kawan. Ibu pula tidak bekerja selama dua tahun,” kata Diana.

    Menurut Diana, mereka terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh yang singkat.

    “Pernah berlaku kami terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh yang singkat. Saya cuma bawa beg sandang dan ketika itu berusia sekitar 10 ke 12 tahun. Ibu saya jatuh sakit dan dia kehilangan perniagaannya,” tambahnya.

    Kesempitan hidup yang dialami oleh Diana dan ibunya menyebabkan mereka kekurangan wang dan makanan.

    “Kami memang tak ada duit langsung. Nak beli nasi lemak sebungkus RM1 pun tak mampu. Itulah sebabnya saya mula berlakon lebih dengan serius,” katanya.

    Pengalaman hidup yang sukar ini telah membentuk sikap dan pandangan hidup Diana, menjadikannya lebih mensyukuri apa yang dimiliki tanpa mengejar kebendaan semata-mata.

    “Saya sedar kebendaan cuma kebendaan, duit cuma duit. Semua nak jadi jutawan. Saya menentang itu kerana menjadi gangguan,” jelas pelakon filem Imaginur itu.

    Diana turut menyatakan bahawa tekanan untuk mencapai jangkauan yang ditetapkan oleh masyarakat boleh memberi kesan negatif terhadap individu.

    “Disebabkan itulah saya rasa orang jadi tertekan kerana tidak dapat mencapai jangkauan yang masyarakat ada terhadap kita,” katanya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts