Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTerpalit Kes Saman Fitnah Rosyam Nor, Bell Ngasri Perjelaskan Hal Sebenar!

    Terpalit Kes Saman Fitnah Rosyam Nor, Bell Ngasri Perjelaskan Hal Sebenar!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini kecoh dimedia sosial apabila Datuk Rosyam Nor telah membuat laporan polis susulan namanya dikaitkan sebagai salah seorang yang pernah menasihati aktor Fattah Amin sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

    Bell Ngasri Turut Terpalit?

    via Instagram Rosyam Nor

    Menurut Rosyam, dia juga telah menyenaraikan beberapa pengguna akaun Facebook termasuk pemilik akaun yang menggunakan nama pelawak Bell Ngasri kerana didakwa mengaibkan dirinya.

    Rosyam yang hadir ke balai polis ditemani peguam dikenali Aizul itu juga turut menunjukkan salinan laporan polis sebagai bukti.

    Atas kejadian tersebut, pelakon dan pelawak Bell Ngasri tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian yang kononnya melibatkan namanya itu.

    Bukan Akaun Miliknya

    via Instagram Bell Ngasri

    Bell menjelaskan dalam laman Instagram miliknya mengenai kejadian tersebut dan menjelaskan bahawa akaun berkenaan bukan miliknya tetapi akaun palsu menggunakan namanya.

    Alamak uncle Dato @iamrosyam. Bukan fb saya tu.

    Entah mengkarung ke iguana ke atau binatang spesis itu yang mana tah pakai nama saya tu. Sumpah tak tipu ni.

    Saya tak campur hal orang..jangn la saman saya. saman la iguana tu.

    Untuk pengetahuan, saya bukan takat baik dgn uncle Dato @iamrosyam je,dgn @fattahaminz pon baik-baik  je

    Berkongsi lanjut, Bell menarik nafas lega selepas Rosyam memberitahu tahu bukan dia di sebalik akaun tersebut sebaliknya ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan nama artis demi kepentingan sendiri.

    Ditanya adakah Bell akan mengambil tindakan seperti Rosyam, dia memberitahu dia tidak tahu apa langkah yang seharusnya dibuat.

    Malah dia juga menyatakan bahawa dia pernah menegur akaun palsu yang menyebarkan berita fitnah namun tidak mendapat sebarang respon.

    Related articles

    Follow Us

    20,223FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts