Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTersebar Foto Romantis Ameera Khan & Jefri Nichol Berpengangan Tangan, Netizen Tanya...

    Tersebar Foto Romantis Ameera Khan & Jefri Nichol Berpengangan Tangan, Netizen Tanya ‘Tak Ada Lelaki Lain Ke?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nama selebriti media sosial, Ameera Khan kembali menjadi topik hangat di media sosial susulan tularnya foto dan video memaparkan momen mesra bersama pelakon sensasi Indonesia iaitu Jefri Nichol.

    Jefri Nichol, Ameera Khan kantoi pegang tangan

    @milahbunga Replying to @kopipahitmanisss gambar ni boleh jawab kan kot kannnn ??? #fyp #foryou #foryoupage #foryoupageofficiall #mood #ameerakhan #littlemisskhan #jefrinichol @Jefri Nichol ? i will always choose you – Walter

    Terbaharu, seorang wanita iaitu Siena Inocberia Handani yang dipercayai rakan kepada Ameera dan Nichol telah memuat naik foto romantis memperlihatkan pempengaruh dan aktor itu berada di hadapan cermin sambil berpegangan tangan.

    Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam beberapa minit selepas dimuat naik namun para pengikutnya sempat ‘screenshoot’ foto tersebut sebelum dikongsikan semula di platform media sosial.

    Menerusi ruangan komen di TikTok, rata-rata netizen tertanya-tanya adakah Ameera dan Nichol kini sedang dilamun cinta atau hanya sekadar kawan rapat.

    Akan tetapi, ada juga dalam kalangan mereka yang tidak merestui sekiranya benar pasangan itu bercinta kerana menyifatkan Nichol seorang lelaki ‘red flag’ lebih-lebih lagi selepas dia mendedahkan pernah meniduri 20 wanita menerusi temu bual di podcast baru-baru.  Mereka berpendapat bahawa Ameera layak mendapat lelaki yang lebih baik.

    Bertindiknya. Tak ada orang lain ke Ameera oiii

    Dua-dua good looking. Sesuai sangat. But with recent news on Jefri, hmmmmm. Macam terlebih pula si Jefri ni. Too open minded and liar at the same time. Anyways, its their choices. Doa kan baik-baik saja.

    Kan baby (Ameera) cakap sekarang dia kawan dgn sesiapa je. Jangan percaya 100%.

    Jefri Nichol red flag.

    Terdahulu, Ameera Khan dan Jefri didakwa pernah menyulam cinta namun hubungan percintaan mereka dikhabarkan terputus di tengah jalan sekitar Oktober 2021 setelah Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di laman IG.

    ALSO READ:  ‘Saya Tak Pernah Terfikir Untuk Ada Apa-Apa Hubungan Dengan Isteri Orang ‘ – Muaz Zabir

    Namun pada penghujung Mac tahun lalu, pasangan ini kembali menjadi perhatian apabila Ameera menerima panggilan video dari Jefri ketika berada di dalam kereta sekali gus menguatkan lagi dakwaan cinta mereka kembali bertaut.

    Imbas kembali, tular satu rakaman video sesi siaran langsung Ameera memaklumkan dirinya lebih tertarik dengan lelaki Indonesia kerana menganggap mereka lebih romantik dan lemah lembut apabila berbicara dengan wanita.

    Lebih mencuri perhatian apabila Jefri difahamkan turut menonton dan meninggalkan komen sewaktu sesi siaran langsung tersebut berlangsung.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts