Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTeruja Dapat Duit Raya Pertama Sebagai Suami Isteri, Watie Simpan RM5000 Dalam...

    Teruja Dapat Duit Raya Pertama Sebagai Suami Isteri, Watie Simpan RM5000 Dalam ‘Frame’ Tunjuk Kepada Anak Cucu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Musim perayaan Ramadan dan Aidilfitri tidak hanya menyaksikan keriangan dalam meraikan keberkatan bulan suci, tetapi juga momen-momen berharga yang mempererat ikatan kasih sayang dalam hubungan keluarga.

    Bagi Watie Hanifiah, isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, duit raya pertama yang diterimanya daripada suaminya bukan sekadar satu transaksi biasa, tetapi sebuah kenangan yang bakal diabadikan selamanya.

    Watie, yang juga dikenali sebagai Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36 tahun, berkongsi kegembiraannya menerusi platform Instagram apabila menerima duit raya pertama daripada suaminya berjumlah RM5,000.

    Namun, apa yang membuat momen ini begitu istimewa adalah keputusan Watie untuk tidak menggunakannya, tetapi memilih untuk menyimpannya sebagai khazanah dan kenangan yang akan diwarisi kepada anak cucu cicitnya.

    “Mari kita tengok, dalam ini ada lima sampul. Saya ingatkan duit raya sama macam orang, rupanya lain. Maknanya itulah martabat isteri tercinta.

    Pertama kali beraya bersama suami, dapat duit raya. Ini akan saya jadikan khazanah. Saya takkan guna, saya akan simpan sampai bila-bila. Sampul pertama RM1,000, sangat teruja! Saya akan simpan sampai anak cucu cicit,” kata Watie dengan penuh rasa syukur.

    Dalam video yang dikongsi di Instagram, Watie dengan penuh kegembiraan membuka setiap lima keping sampul duit raya yang mengandungi RM1,000 di dalamnya.

    Sambil menyimpan duit tersebut dengan penuh kasih sayang, Watie juga menitipkan doa agar suaminya terus dilimpahi rezeki yang berkekalan serta untuk kebahagiaan keluarga mereka.

    “Terima kasih Daddy (panggilan Shuib). Semoga Allah keluarkan duit-duit di muka bumi ini untuk diberikan kepada Daddy,” ucapnya sambil memohon doa dari segala penjuru untuk kebahagiaan keluarga mereka.

    Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ia perkahwinan kedua Shuib selepas isterinya yang juga penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

    ALSO READ:  Cleansing Oil Viral & Bagus Menurut Netizen, Beli Dekat Drugstore Je!

    Terdahulu, hasil perkahwinan dengan arwah Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts