Setiap hari, setiap individu meneroka dengan cara yang berbeza dan cara yang tersendiri. Ada yang berkerja keras untuk menjadi peguam, ada yang meneroka segala jenis penyelidikan untuk menjadi saintis dan ramai juga yang meneroka bagi membekalkan negara dengan sumber-sumber asli untuk rakyat Malaysia.
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 67 dan Hari Malaysia, FGV Holdings Berhad (FGV) melancarkan kempen sulungnya bagi meraikan perpaduan dan kemakmuran Malaysia.
Bertemakan “Teruskan Meneroka”, video menghargai wira – wira yang telah menyumbang kepada kemajuan Malaysia!
Selalu kalau kita cakap wira mesti semua akan ingat Wira seperti polis, tentera dan sebagainya betul tak? Tapi sebenarnya korang terlupa yang ada lagi wira yang patut kita semua banggakan dan juga patut kita semua sanjungi.
Siapa?
Mereka adalah para pekebun kecil yang tanpa lelah bekerja untuk memastikan keterjaminan sumber bekalan makanan untuk rakyat Malaysia.
Jom kita tonton video ni untuk fahami dengan lebih lanjut.
Demi cita-cita, mereka terus meneroka!
Setiap sorang daripada mereka ‘meneroka’ dengan cara mereka yang tersendiri dalam menyumbang kepada kemajuan Malaysia, termasuklah keringat, darah dan air mata pekebun kecil dalam menyumbang kepada industri sawit negara.
Tanpa mereka ni memang susah lah kita nak dapat sumber-sumber asli untuk keperluan hidup harian kita ni tau. Bukan senang untuk buat apa yang mereka buat ni. Kegigihan dan ketelusan dalam ‘meneroka’ memberikan produk makanan dan agrikultur yang diperlukan.
Ia juga menekankan komitmen FGV kepada pembangunan negara, kemajuan ekonomi, kelestarian, pencapaian serta usaha bersama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah masa depan yang lebih lestari.
Jadi, sama-samalah kita terus ‘meneroka’ untuk menjana masa depan yang lebih baik, untuk diri sendiri dan juga untuk negara.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2024!