Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTetap “Down To Earth”, Shila Amzah Banyak Kali Tolak Gelaran Dato

    Tetap “Down To Earth”, Shila Amzah Banyak Kali Tolak Gelaran Dato

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Shila Amzah, penyanyi yang terkenal bukan hanya di Malaysia tetapi juga di China, baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan gelaran Datuk, tetapi dengan tegas menolaknya. Bukan kerana dia tidak menghargai tawaran itu, tetapi lebih kepada keinginannya untuk terus menjadi dirinya sendiri, tanpa perlu memikirkan pangkat atau gelaran yang mungkin akan mencipta jurang antara dirinya dan peminat. Kalau gelaran Datuk boleh buat dia jauh dari peminat, lebih baik jadi Shila Amzah yang tetap down to earth, kan?

    “Saya lebih selesa jadi Shila Amzah sahaja. Orang nak bagi gelaran, saya elak. Bukan tak hargai, cuma ini bukan yang saya kejar,” kata Shila dengan nada tenang. Memang seorang yang humble! Bayangkan kalau Shila bertukar menjadi Datuk Shila Amzah, mungkin dia dah tak boleh buat video TikTok atau bersembang dengan peminat macam selalu. Shila nak kekal mesra dengan semua orang, tanpa ada jurang, katanya. Kita semua pun suka Shila yang rendah hati macam ni!

    Dalam satu sesi wawancara santai di program audio siar Ubai Sentral, yang dikendalikan oleh suami tercinta, Ubai, dia sempat berseloroh tentang gelaran yang dia tunggu – bukan gelaran Datuk, tetapi gelaran datuk dan nenek bila anak mereka sudah berkahwin kelak. Wah, nampaknya Shila dah mula plan masa depan dengan cara yang kelakar, tapi penuh dengan harapan.

    Shila bukan hanya dikenali di Malaysia, tetapi juga di China, di mana dia mempunyai 2.4 juta pengikut di Weibo, media sosial popular di sana. Pencapaiannya yang luar biasa di China bermula apabila dia memenangi pertandingan nyanyian realiti Asian Wave di Shanghai pada 2012.

    ALSO READ:  Rozita Ibrahim Luah Rasa Kesal, Aliff Syukri Akhirnya Padam Teaser Lagu Raya!”Jangan Malukan Mak…”

    Sejak itu, Shila terus mencipta nama, dan pada tahun 2014, dia menyertai program I Am A Singer musim kedua di China yang ditonton oleh 500 juta penonton setiap minggu! Terbayang tak betapa popularnya dia di sana? Siap dapat nombor dua pilihan juri profesional dan nombor tiga pilihan penonton lagi. Hebat!

    Jadi, walaupun Shila punya peluang untuk mengangkat gelaran dan berada di atas pentas glamour, dia tetap memilih untuk kekal menjadi dirinya yang sebenar seorang penyanyi berbakat yang dekat dengan peminat dan sentiasa rendah hati.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts