Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTetap Tayang Pakai Dior, Zahirah MacWilson Dikecam Tidak Sensitif Dengan Usaha Boikot...

    Tetap Tayang Pakai Dior, Zahirah MacWilson Dikecam Tidak Sensitif Dengan Usaha Boikot Produk Israel

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Palestin telah menerima gelombang sokongan masyarakat antarabangsa yang luar biasa bukan sahaja dalam kalangan negara-negara umat Islam, bahkan juga daripada negara bukan-Islam.

    Bahkan, Gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) produk Israel secara bersasar telah diguna pakai kerajaan dan rakyat negara ini sebagai tanda sokongan kepada Palestin, yang kini mengharungi kezaliman dan serangan rejim zionis Israel.

    Bagaimanapun, baru-baru ini pelakon, Zahirah MacWilson, 28, menjadi sasaran kecaman golongan netizen apabila dia didakwa tidak sensitif dengan isu Palestin-Israel yang kini menyaksikan pelbagai usaha boikot jenama-jenama produk tertentu diteruskan sebagai tindakan solidariti.

    Menerusi beberapa hantaran di media sosial, Zahirah dilihat masih memuat naik hantaran yang memaparkan dirinya menggayakan barangan berjenama mewah antarabangsa termasuk Dior yang dikaitkan dengan produk Israel.

    Perkara tersebut dianggap netizen sebagai satu tindakan yang tidak sensitif apalagi pada waktu ini semakin ramai artis mula cakna dan turut sama bersolidariti demi saudara Islam di Palestin.

    Berikut adalah beberapa respons beberapa pengguna Instagram yang ditinggalkan di ruangan komen akaun milik Zahirah.

    “Jenama ini menyokong pembunuhan beramai-ramai, awak sebenarnya mampu lakukan lebih baik daripada ini,”

    “Sebab bukan keluarga awak, bukan anak-anak awak, bukan ibu bapa awak, bukan adik kakak awak yang dibom, diculik, dirogol, dibunuh, diseksa, sebab itu. Dior menyokong pembunuhan beramai-ramai.

    “Tolong sedar yang Dior menyokong pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. Kita perlu boikot produk ini walaupun akan kehilangan tawaran kerja.

    “Saya tak fikir perkara ini adalah sesuai untuk dikongsikan di saat peperangan sedang berlaku apalagi mempromosikan penyokong mereka yang melakukan penindasan,” Ms Zitu.

    Dalam pada itu, tinjauan mendapati Zahirah masih berdiam diri dan tidak membuat sebarang respons mengenai kecaman demi kecaman yang diterimanya di media sosial.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Naim Daniel Menyakat Noh Salleh, Cetus Perhatian Ramai!
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts