Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTewaskan Gunung Fuji Jepun, Bromo Dipilih Jadi Taman Negara Ke-3 Tercantik Di...

    Tewaskan Gunung Fuji Jepun, Bromo Dipilih Jadi Taman Negara Ke-3 Tercantik Di Dunia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada tahun 2023, Taman Negara Bromo Tengger Semeru (TNBTS) dianugerahkan gelaran sebagai taman negara ketiga tercantik di dunia. Pengiktirafan ini diberikan oleh ‘Bounce – platform perkhidmatan penyimpanan bagasi dari San Francisco, Amerika Syarikat’ dalam artikel bertajuk “The world’s most beautiful national parks” yang diterbitkan pada 14 November lalu. Sumber: Bounce

    Bromo Tengger Semeru menduduki tempat ketiga dengan TN Kurger dari Afrika Selatan dan Ençóis Maranhenses di Brazil menduduki tempat yang pertama.

    Kumpulan Bounce menilai keindahan Bromo dengan skor 7.89 daripada 10 berdasarkan jumlah muat naik Instagram, paparan TikTok, ulasan dalam talian dan carian Google sepanjang Oktober 2022 hingga September 2023.

    Bromo semakin popular di media sosial sebagai tempat gunung berapi aktif. Taman ini meraih tempat pertama di TikTok dengan 1 bilion tontonan dan tempat kedua di Instagram. Bromo telah dimuat naik sebanyak 934,532 kali berdasarkan kajian kumpulan Bounce.

    Sumber: The World Travel Boy

    Bounce menyatakan Bromo mendapat liputan meluas di TikTok berkat kepelbagaian landskapnya, termasuk air terjun, kawah, dan lautan pasir. Taman ini juga mempunyai banyak kuil, memberikan peluang kepada pelancong untuk menimba sejarah budaya kawasan tersebut.

    Bromo semakin memukau dengan pemandangannya yang terdiri daripada hamparan savana, lautan pasir, dan bukit-bukit yang membentuk dinding Kaldera Tengger. Di sebelah selatan terdapat Gunung Semeru dengan puncak Mahameru.

    Bagi yang berminat, anda boleh menempah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Surabaya terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Bromo yang mengambil masa kira-kira 4-5 jam untuk tiba di puncak.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts