Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentThalia Baiduri Nasihat Kaum Hawa Jangan Jatuhkan Darjat Diri Disebabkan ‘Buaya’ –...

    Thalia Baiduri Nasihat Kaum Hawa Jangan Jatuhkan Darjat Diri Disebabkan ‘Buaya’ – ‘Wanita Kena Jadi Mahal’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Datin Thalia BaiduriDatin Thalia Baiduri

    Pelakon dan usahawan selebriti, Datin Thalia Baiduri menitipkan pesanan buat kaum hawa agar menjaga darjat serta nilai diri masing-masing.

    Angkat darjat wanita

    Thalia BaiduriThalia Baiduri

    Menurut Thalia, 37, golongan wanita hendaklah menjaga maruah mereka dalam setiap tindakan dan tidak bergaduh antara satu sama lain hanya disebabkan ‘seekor buaya’.

    Sebagai orang yang pernah dalam industri dan saya juga seorang wanita, saya harap jangan kita bergaduh untuk satu buaya atau kumbang.

    Wanita kena jaga nilai awak, awak semua cantik. Kenapa kita nak gaduh sesama kita wanita dan buka aib sana buka aib sini.

    Macam rendah sangat darjat kita, kita wanita kena jadi mahal, bukan berlumba-lumba buka aib sesama kita. Astaghfirullah takut saya.

    Industri kita kecil, pusing-pusing akan jumpa muka yang sama, lebih baik berhenti bercakap yang bukan-bukan.

    Thalia berkata demikian berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini membabitkan pelakon Aliff Aziz, Ruhainies, Bella Astillah dan wanita bernama Sarah Yasmine.

    Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Dalam Hati ini berkata seseorang yang sedang dilamun cinta pasti sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikiran akibat di kemudian hari.

    Memang cinta itu buta, kita semua dan saya pun pernah muda. Contoh macam mak kita halang jangan keluar dengan orang itu, kita nak juga buat sebab darah muda yang dihalang itulah yang dibuat.

    Percayalah cakap saya nanti kemudian sesalan akan datang dan kita tahu kenapa mak kita halang.

    Jangan jaga tepi kain orang

    Thalia BaiduriThalia Baiduri

    Tambah Thalia yang juga pengusaha produk makanan tambahan untuk kecantikan Dolly Milk dan jenama fesyen Talia, dia menasihati orang ramai agar tidak masuk campur isu tersebut.

    Saya berharap semua pihak jangan menambah-nambah dalam isu ini yang memalukan dan dibaca oleh semua peringkat umur.

    Saya sendiri seorang ibu yang ada anak perempuan dan anak lelaki, memang takut bila baca pendedahan yang dibuat.

    Saya selalu berdoa dan beringat jangan seronok melihat aib orang kerana bimbang boleh terkena kepada kita, doa yang baik-baik.

    Terdahulu, nama Sarah Yasmine tiba-tiba meledak dan menjadi sebutan ramai apabila dia membuat pengakuan bahawa dirinya kekasih kepada Aliff Aziz dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Datuk Red Respon Dakwaan Pilih Kasih – ‘Mana Ada, Dua-Dua Saya Sayang’

    Menurutnya, tujuan dia membuat pendedahan secara terbuka adalah bertujuan untuk membongkar rancangan aktres Ruhainies yang didakwa ingin menjatuhkan Bella Astillah.

    Selepas itu, satu demi satu pendedahan dibuat Sarah Yasmine sehingga melibatkan lebih ramai pihak termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts