Setelah enam minggu beraksi di pentas Famili Duo musim ke-4 (FD4), Thamiera dan Didi Astillah terpaksa akur dengan keputusan apabila mereka diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir bagi edisi kali ini.
Penyingkiran suku akhir
Markah terendah sebanyak…. yang diperoleh Thamiera dan Didi itu menyebabkan mereka terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Pada minggu ini, pasangan sepupu tersebut mendendangkan lagu Darah Muda dan Nona Zaman Sekarang yang dipopularkan oleh Saloma dan A.Rahman.
Meskipun gagal ke peringkat seterusnya, Thamiera dan Didi tetap memberikan persembahan yang menarik dan memuaskan hati juri, Mas Idayu.
Janganlah kena ketuk dulu baru jalan tapi progress itu kita nampak hari ini. Biarlah kita keluar dengan cara bermaruah. Keseluruhannya Mummy suka persembahan pada malam ini.
Datuk Rosyam Noor pula menyaksikan Thamiera dan Didi akhirnya bangkit membuktikan mereka lebih baik berbanding minggu-minggu lalu.
Tak usah merajuk seperti minggu lalu, Ini adalah platform yang baik untuk branding. Saya gembira, awak bawa saya kembali ke zaman 70-an. Simple tapi menghiburkan.
Juara Mingguan
Bertemakan Retro, pasangan duo sepupu Naqiu dan Joey Daud pertama kali meraih kemenangan pada malam ini.
Naqiu dan Joey menyampaikan lagu Malam Pesta Muda Mudi dan Dendang Remaja nyanyian asal Saloma dan A.Romzi & The Hooks.
Mereka juga berjaya membawa pulang habuan sebanyak RM10,000 serta hamper tajaan Perfume Paradise.
Dalam masa yang sama, pasangan tersebut memperoleh markah tertinggi sebanyak….. peratus mengalahkan pasangan duo ……
Duo sepupu itu sekaligus melayakkan diri ke peringatkan separuh akhir pada minggu hadapan.
Untuk info, pada minggu separuh akhir peserta FD4 akan mencabar diri membawa tema bebas.
Bagi edisi kali ini, FD4 menggandingkan Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos. FD4 bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3.
FD4 juga boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.