The Chicken Rice Shop (TCRS), sebuah restoran rangkaian keluarga halal tempatan, dengan bangganya meraikan tahun ke-24 mereka dalam menyatukan orang ramai melalui hidangan yang enak. Meraikan satu lagi tahun yang menawarkan kelazatan nasi ayam, TCRS dengan besar hati memperkenalkan menu baharu, Chicken Chup!.
Boleh didapati di pasaran di seluruh negara dari 10 Jun hingga 11 Ogos 2024, Chicken Chup! merupakan hidangan unik dengan potongan ayam yang lembut bersama sos sentuhan lada hitam dan limau. Ciptaan inovatif ini menawarkan pengalaman rasa yang lain daripada yang lain dengan dagingnya yang lembut dilapisi dengan sos yang kaya dengan perisa lada dan sentuhan limau yang menyelerakan.
Selama 24 tahun, TCRS telah menjadi mercu tanda dalam industri makanan Malaysia dan menawarkan suasana yang selesa di mana pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat dapat berkumpul untuk menikmati hidangan yang lazat. Ditubuhkan atas prinsip menyediakan masakan Malaysia yang autentik, TCRS terus berkembang dari sebuah kedai makan tunggal kini menjadi rangkaian yang meluas ke seluruh negara, melayan jutaan pelanggan yang berpuas hati.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, Wong Kah Yong meluahkan rasa syukur terhadap kekuatan dan sokongan pasukan yang telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan perniagaan ini selama bertahun-tahun.
“Perjalanan ini tidak terlepas dari cabaran, tetapi sokongan yang tidak berbelah bagi dari pelanggan setia kami dan keikhlasan pasukan kami telah menjadi daya pendorong di sebalik kejayaan kami. TCRS kekal teguh, memperlihatkan dedikasi kami untuk menyajikan masakan asli Malaysia. Keupayaan kami untuk mengatasi rintangan dan menjadi lebih kuat mencerminkan kepercayaan dan kesetiaan yang kami peroleh dari pelanggan kami selama 24 tahun.”
Untuk memenuhi keperluan kumpulan yang berbeza, Chicken Chup! menawarkan tiga set: Set Chup Satu, Chup Dua, dan Chup Empat. Selain itu, untuk melegakan dahaga anda, TCRS memperkenalkan minuman terhadnya, Chup and Chill, minuman berkarbonat dan menyegarkan sebagai pelengkap pada hidangan terbaru ini.
Sempena sambutan Ulangtahun ke-24 TCRS, sertai pertandingan Chup and Snap untuk mendapatkan peluang memenangi ganjaran yang luar biasa. Teruskan mengikuti khabar terkini mereka dengan mengikuti @thechickenriceshop di Instagram. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web The Chicken Rice Shop dan laman Facebook The Chicken Rice Shop.