Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentThe Lova Ada “Rahsia” Untuk Di Kongsi Dengan Para Pendengar

    The Lova Ada “Rahsia” Untuk Di Kongsi Dengan Para Pendengar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    The Lova bermula pada tahun 2018 yang di anggotai Raf (vokalis), Denny (gitaris) dan Farez (keyboardist).

    Pada tahun 2019 pula, The Lova telah mengeluarkan single pertama mereka yang berjudul “Dengan Nama Cinta”.

    Berhenti Seketika Dari Industri Nyanyian

    Namun, perjalanan mereka di dalam industri muzik terhenti buat seketika oleh angkara krisis pandemik “Covid 19” yang melanda dunia pada Disember 2019.

    Demi menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan ahli, The Lova telah bersepakat untuk berehat sebentar dari industri muzik sehingga keadaan dunia kembali selamat walaupun harus hidup dengan norma baharu.

    Pada awal 2024, The Lova kembali meneruskan karya muzik mereka dengan merakamkan sebuah lagu yang berjudul “Rahsia” hasil usahasama bersama syarikat rakaman MAPMUSIC.

    Selain itu terdapat penambahan ahli band iaitu Meor (Drummer) dan Zack (basis).

    Hadir Dengan Single Terbaru

    via MAPMUSIC

    Kini The Lova merupakan kumpulan yang mempunyai 4 ahli dan memulakan langkah baharu setelah sekian waktu dengan single terbaharu mereka berjudul “Rahsia”.

    Rahsia merupakan single ke-dua mereka setelah mereka bergerak secara independent.

    The Lova amat berbesar hati atas kesudian pihak syarikat rakaman MAPMUSIC yang sudi untuk bekerjasama menjayakan single ini dan juga selaku rakan ushasama karya Rahsia ini.

    The Lova juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam penghasilan dan menjayakan lagu tersebut.

    Single ini akan dilancarkan pada 13 September, 2024 dan boleh mula ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC.

    Selain itu, lagu ini juga boleh dimainkan dan didengari melalui aplikasi penstriman atas  talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok, dan YouTube Music.

    ALSO READ:  “Bersihnya Kulit”- Ini Magik Minum Teh Spearmint Setiap Hari Kena Tahu

    Related articles

    Follow Us

    20,254FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts