Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, February 3, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentThe Vocket Lancar Kempen ‘Jadi Buddy, Bukan Bul*’, Sedia Platform Untuk Mangsa

    The Vocket Lancar Kempen ‘Jadi Buddy, Bukan Bul*’, Sedia Platform Untuk Mangsa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai berita di media sosial perihal salah laku buli.

    Tidak lagi hanya secara fizikal, buli kini kerap berlaku kepada pengguna media sosial sehingga ada mangsa yang membuat keputusan untuk mengambil nyawa sendiri kerana tertekan.

    Kongsi kisah buli

    Tinjauan Kesihatan Remaja (AHS) 2022, difahamkan bahawa satu daripada lima remaja di Malaysia membuli atau mengganggu orang lain menerusi internet, telefon bimbit, atau peranti elektronik.

    Manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendedahkan jumlah kes buli di sekolah meningkat dengan ketara, dengan 4,994 kes direkodkan setakat Oktober 2023. Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding 3,887 kes pada tahun 2022 dan hanya 326 kes pada
    2021.

    Terpanggil untuk sama-sama menangani isu ini, The Vocket melancarkan kempen ‘Jadi Buddy, Bukan Buli’, bertujuan untuk menyediakan platform selamat buat mangsa buli.

    Menurut pengurus kempen ‘Jadi Buddy, Bukan Buli’ iaitu Aiman Nazirmuddin, kempen ini memberi fokus kepada visi besar iaitu menyediakan ruang bagi mangsa buli untuk berkongsi kisah hidup mereka secara rahsia (tanpa identiti).

    Antara inisiatif utama dalam kempen ini adalah kotak luahan hati yang boleh diakses di laman sesawang www.thevocket.com/jadibuddybukanbuli, di mana mangsa buli boleh berkongsi pengalaman tanpa perlu mendedahkan identiti mereka.

    Perkataan Bahasa Inggeris ‘buddy’ itu sendiri membawa maksud rakan atau teman dalam Bahasa Malaysia. Jadi, kami sedia jadi ‘teman’ untuk mendengar luahan anda.

    Kesedaran masyarakat

    Antara kandungan yang akan dibawa sepanjang kempen ini adalah siri Voccast di YouTube, sesi bual bicara bersama dengan panelis profesional serta individu yang pernah menjadi mangsa buli berkongsi pengalaman mereka.

    Selain itu, kandungan media sosial seperti ‘Vocket Tanya Random’ pula akan mengetengahkan temuramah dengan orang awam dan tidak ketinggalan artikel-artikel berkaitan buli di laman sesawang The Vocket.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ameera Khan & Jefri Nichol Romantis Berpegangan Tangan, Netizen Kata Dah Macam Pasangan Bercinta? – ‘Muka Diorang Sama Lah’

    Kempen ini bukan sahaja menjadi tempat luahan perasaan, malah sebagai saluran untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai impak buruk buli terhadap individu serta komuniti dan mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi isu ini.

    Kerjasama bersama NGO

    Justeru itu, The Vocket telah memilih Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai dan NGO Empati sebagai rakan strategik bagi menjayakan kempen ini.

    Wakil Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Cik Sofiah Atiqah berkata, isu buli ini merupakan satu perkara yang serius dan masyarakat perlu memberi sokongan terhadap mangsa buli.

    Di Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, kami menyediakan servis konsultasi dan terapi berkaitan pelbagai isu kesihatan mental di mana kami turut membantu individu yang menghadapi tekanan kerana dibuli.

    Individu ini ada yang berusia belasan tahun dan orang dewasa tidak terkecuali daripada dibuli. Mereka tidak dibuli secara fizikal tetapi secara mental.

    Dalam masa yang sama, pengasas NGO Empati, Syahida Zulkarnain melihat kempen tersebut selari dengan perjuangan mereka dalam membina sistem sokongan khusus untuk anak muda di Malaysia.

    Semoga dengan kerjasama ini, suara mereka (mangsa buli) akan terus didengar dan kita dapat buat sesuatu supaya ramai yang tampil untuk membantu golongan ini.

    Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai dan NGO Empati, sebagai rakan kolaborasi utama, juga akan memainkan peranan penting dalam memberi sokongan psikologi dan mendidik masyarakat tentang pentingnya memahami kesan buli terhadap mangsa.

    Di samping itu, tanda pagar #JadiBuddyBukanBuli digunakan untuk meningkatkan interaksi dengan pengguna di media sosial.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts