Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentThrowback Kebaya Pramugari! Jom Tengok Sejarah Malaysia Airlines & Menangi Tiket Ke...

    Throwback Kebaya Pramugari! Jom Tengok Sejarah Malaysia Airlines & Menangi Tiket Ke London

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Wow, dah 50 tahun Malaysia Airlines terbang ke London. Untuk sambutan penuh makna ni, Malaysia Airlines tampilkan pameran istimewa yang cukup menarik iaitu Heritage in the Skies, bertempat di Balai Pelepasan, Aras 5, KLIA Terminal 1 (bersebelahan Nööödles).

    Pameran ni bukan sahaja mempamerkan evolusi kebaya dari tahun 1963 hingga sekarang, tapi juga merakamkan seni budaya yang tersisip dalam setiap helaian kain kebaya pramugari Malaysia Airlines.

    Memang betul-betul ‘Malaysian pride’ apabila tengok seragam kebaya ni yang penuh dengan corak batik, elemen kelarai dan bunga tempatan yang mekar, contohnya bunga raya dan melur.

    Jom kita selusuri setiap era seragam ni untuk rasa betapa mendalamnya semangat Malaysia yang diterbangkan ke seluruh dunia.

    Dari retro ke moden, kebaya Malaysia Airlines kekal memukau

    Untuk penggemar fesyen, inilah peluang korang tengok secara dekat kebaya ikonik yang pernah diperkenalkan sejak tahun 60-an lagi.

    Pada tahun 1963, kebaya Malaysia Airlines muncul dengan warna merah cili yang bold dan potongan kutu baru! Dekad demi dekad, kebaya ni sentiasa berkembang tapi mengekalkan dengan elemen budaya kita.

    Pada tahun 1986 pula, kebaya bercorak batik disulam dengan motif kelarai Sarawak, menjadikannya unik dan penuh gaya tradisional.

    Manakala seragam terkini lebih menawan dimana tampil dengan warna pink dan ungu yang deep, ditambah bunga kemboja dan bunga raya yang mencerminkan flora Malaysia. Memang bangga tengok seragam ni bawa identiti Malaysia ke peringkat dunia.

    Jom ke pameran ‘Heritage in the Skies’ di KLIA

    Kalau korang berada di KLIA dari 3 hingga 14 November, jangan lepaskan peluang singgah di pameran Heritage in the Skies ni!

    ALSO READ:  Budak 10 Tahun Dirogol, Kepala Hancur Dihentak Dengan Batu Sampai Mati

    Pameran tersebut akan memaparkan enam rekaan kebaya berbeza, dari era awal hingga kini.

    Pengunjung boleh menikmati paparan seragam kebaya yang tersusun, gambar nostalgia dan penceritaan multimedia yang membawa korang lebih dekat kepada warisan Malaysia Airlines.

    Bukan senang nak nampak kebaya penuh seni ni dalam satu pameran, jadi jangan lepaskan peluang ni!

    Oh ya, kru kabin warisan akan berada di pameran pada 9, 10 dan 12 November, jadi tandakan tarikh-tarikh ini di kalendar korang jika korang ingin menikmati pengalaman penuh!

    Sertai peraduan media sosial & menangi 2 tiket ke London


    Lagi best, Malaysia Airlines ada anjurkan peraduan untuk semua pengunjung. Korang hanya perlu ambil gambar dengan kru atau paparan seragam ikonik ni dan post di media sosial guna hashtag #HeritageInTheSkies dan #MalaysiaAirlines.

    Kalau gambar korang paling kreatif, korang boleh menang 2 tiket ke London! Fuh, terbang percuma terus ke kota fesyen dan sejarah!

    Bukan tu je, korang yang naik penerbangan terpilih Malaysia Airlines pun akan dapat cetakan instax eksklusif sebagai kenangan dari Fujifilm. Pastikan korang take part dan jadikan sambutan ni lebih happening.

    Ikuti jejak legasi dan raikan bersama Malaysia Airlines

    kebayakebaya

    Malaysia Airlines bukan sekadar membawa penumpang, tetapi juga menjadi duta budaya Malaysia melalui seragamnya yang tersohor.

    Jom hayati perjalanan warisan seragam kebaya yang indah ini, dan mari bersama-sama menghargai hospitaliti Malaysia yang tulus dan unik dengan terjah ke pameran Heritage in the Skies ini.

    Bagi yang tak dapat hadir, jangan lupa lawati laman rasmi Malaysia Airlines untuk kemas kini eksklusif dan banyak lagi!

    ALSO READ:  Mendakwa ‘Lemah’ Ketika Bersama, Suami Melakukan Hubungan Intim dengan Anak Tiri untuk ‘Membuktikan’ Kejantanan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts