Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Tiada Istiadat Perkahwinan Membabitkan KDPM Tengku Mahkota Pahang Ketika Ini’ – Istana...

    ‘Tiada Istiadat Perkahwinan Membabitkan KDPM Tengku Mahkota Pahang Ketika Ini’ – Istana Pahang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Istana Pahang menafikan dakwaan mengenai istiadat perkahwinan membabitkan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

    Perkahwinan babitkan Tengku Mahkota Pahang, palsu

    Menerusi satu kenyataan media yang dikongsikan di Instagram rasmi Kesultanan Pahang, pihak istana memaklumkan hantaran yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi akaun Instagram Farida.1111111 yang memperlihatkan satu kertas tertulis ‘Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud’ adalah maklumat palsu.

    Maklumat palsu, tiada Istiadat Perkahwinan membabitkan KDPM Tengku Mahkota Pahang ketika ini.

    Istana Pahang menafikan ada sebarang kaitan dengan satu hantaran atau maklumat palsu berkenaan Perkahwinan Diraja melibatkan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita yang tular di laman media sosial Instagram sejak 24 September lalu.

    ‘Tindakan tegas boleh diambil’

    Susulan daripada, Istana Pahang menegaskan bahawa maklumat yang tular itu adalah palsu dan tiada kaitan dengan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang atau Istana Pahang.

    Istana Pahang mengesan hantaran berbentuk fitnah yang dimuatnaik individu tersebut dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuatnaik selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang.

    Tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran di media sosial yang berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Kieda Crepe Selar Netizen Kaitkan Kesalahan Logo Dengan Arwah Bapa – ‘Taksub Macam Aku Saja Buat Dosa’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts