Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Tiada Istilah Anak Tiri Sebab Saya Sayang Semua Seperti Anak Sendiri’ –...

    ‘Tiada Istilah Anak Tiri Sebab Saya Sayang Semua Seperti Anak Sendiri’ – Ungku Ismail

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Ungku Ismail Aziz memberitahu dia menyayangi anak tirinya seperti anak sendiri.

    Tiada istilah anak tiri

    Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan dua anak isterinya yang juga aktres, Nad Zainal, Ungku Ismail berkata, tiada istilah anak tiri dalam kamus hidupnya. Ini kerana, dia sangat menyayangi Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom, 4 seperti anak kandung.

    Tiada istilah anak tiri sebab saya sayang semua seperti anak sendiri. Saya tak sebut anak tiri tu dan kalau orang tanya anak-anak macam mana, saya akan beritahu ketiga-tiga anak sihat. Semua anak Nad, kami jaga bersama-sama. Tentulah separuh daripada diri mereka tu dengan ayah kandungnya dan separuh lagi dengan Nad. Mungkin saya bukan bapa kandung tapi mereka adalah anak-anak kami.

    Anak kandung saya pun, Ungku Indra Puteh pun bila dah besar nanti, saya layan sama saja seperti anak-anak yang lain.

    Tambah Ungku Ismail, dia bersyukur kerana Fahad dan Budi sangat menerimanya dengan baik.

    Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Pada masa sama, saya dan Ibrahim berkongsi minat yang sama iaitu permainan video. Budi pula memang rapat dengan saya. Ada sekali telefon saya rosak dan bila Nad pakai telefon, dia tengok penuh gambar saya dan Budi dalam telefon berkenaan.

    Sekadar info, Nad sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata. Bagaimanapun, mereka bercerai pada September 2022.

    Nad kemudiannya berkahwin dengan Ungku Ismail pada 23 Januari tahun lalu dan dikurniakan seorang anak, Ungku Indra Puteh Al Maajid yang kini berusia sembilan bulan.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  [VIDEO] Isteri Fizo Omar Bicara Isu Mak Mentua 'Downgrade' Menantu dan Pesan Pentingnya Menentukan Kebahagiaan Sendiri
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts