Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTiada Jodoh? Terima Takdir Dengan Redha – Noor Nabila

    Tiada Jodoh? Terima Takdir Dengan Redha – Noor Nabila

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    nabila sharnaaznabila sharnaaz

    Usahawan terkenal, Noor Nabila enggan masuk campur urusan bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad dengan aktres, Amelia Christie.

    Sentiasa ada untuk Amelia

    Amelia Nabila Amelia Nabila

    Memetik laporan Harian Metro, Nabila mendoakan yang terbaik buat Sharnaaz dan Amelia. Kata Nabila, dia dan anak tunggalnya, Jebat Jayden masih berkomunikasi baik dengan Amelia yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

    Bab ‘percintaan’ Sharnaaz dan Amelia, saya tak masuk campur. Bagi saya, kalau mereka tiada jodoh, nak buat macam mana, kita tak boleh nak melawan takdir kan.

    Cuma saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka sama ada mereka bersama atau pun tidak. Sehingga hari ini kami selalu buat panggilan video atau berhubung.

    Saya selalu beritahu Amelia walau apapun terjadi saya dan Jayden akan sentiasa ada untuk dia.

    Lagipun sekarang ini, Jayden memang lebihkan Amelia. Semua hal dia nak kongsi dengan Amelia dan kami ikhlas sayangkan dia macam keluarga kami sendiri.

    Ikhlas layan orang

    sharnaaz nabila jebatsharnaaz nabila jebat

    Dalam pada itu, bercerita mengenai keperibadian Amelia, kakak kepada Neelofa memuji dengan cara aktres itu membawa diri dan sangat menghormati orang lain.

    Katanya lagi, percutian ke Jepun pada penghujung tahun lalu membuatkan dirinya lebih mengenali secara dekat serta nampak keikhlasan hati Amelia.

    Kali pertama saya bertemu dengan Amelia sekitar hujung tahun lalu. Ketika itu kami terbabit dengan sebuah penggambaran untuk satu jenama makanan.

    Terus terang, saya suka cara dia bawa diri dan dia sangat menghormati orang. Sejak itu kami berhubung dan pergi bercuti bersama-sama di Jepun.

    Masa bercuti kami jadi makin rapat sebab saya berpeluang untuk kenal dia lebih dekat. Orang kata kalau kita nak kenal orang kena pergi ‘travel’ bersama baru kenal perangai orang.

    Jadi secara tak langsung saya boleh nampak keikhlasan dia, cara dia layan orang sekeliling selain pandai bawa diri hingga saya dah anggap dia macam adik sendiri.

    Sebelum ini, Sharnaaz enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan Amelia Christie selepas dikatakan sudah saling berhenti mengikuti (unfollow) di akaun media sosial.

    ALSO READ:  Percutian Nadia Brian Dibiayai oleh VVIP, Masih Menyepi tanpa Pasangan

    Katanya, dia tidak pernah mengiyakan hubungan percintaannya dengan Amelia kepada pihak media.

    Susulan kenyataan itu, Amelia bersuara dan menekankan dia menerima dengan hati terbuka dan ingin ‘move on.’

    Terdahulu, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Noor Nabila pada Mac 2017, namun bercerai pada bulan Julai 2020.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 6.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts