Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTiada Lagi Masalah Gigi Sensitif, Sensodyne Jemput Korang Ke KJH Terengganu Ogos...

    Tiada Lagi Masalah Gigi Sensitif, Sensodyne Jemput Korang Ke KJH Terengganu Ogos Ini!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Mungkin ramai yang tidak sedar, sejumlah besar rakyat Malaysia mengalami masalah gigi sensitif.

    Sama ada kesakitan pada tahap yang serius ataupun sederhana, masalah gigi sensitif membuatkan pesakit mengalami ketidakselesaan apabila menjamah hidangan yang sejuk, panas atau berasid. Adakah korang juga salah seorang yang turut mengalaminya?

    Bagaimana masalah gigi sensitif mampu berlaku serta rawatannya

    Untuk pengetahuan korang, masalah gigi sensitif berlaku apabila lapisan enamel pada gigi semakin menipis.

    Perkara ini membuatkan seseorang pesakit gigi sensitif berasa tidak selesa apabila hidangan panas atau sejuk terkena pada giginya.

    Bukan itu sahaja, makanan yang mempunyai rasa terlalu manis atau masam turut akan mengganggu pengalaman para pesakit menjamah hidangan.

    Namun jangan risau, sebabnya Sensodyne sedia membantu mengurangkan masalah gigi sensitif korang!

    Menerusi Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel, ubat gigi ini terbukti secara klinikal mampu mengurangkan masalah gigi sensitif dan memberikan perlindungan gusi dalam 2 minggu.

    Semuanya berjaya dibantu dengan adanya kandungan kalium nitrat di mana pengguna bakal merasakan kesakitan pada gigi sensitif berkurang apabila diberus menggunakan berus yang lembut.

    Hadir dengan penawaran dwi-florida, kerosakan pada lapisan enamel pada gigi juga dapat dielakkan.

    Temui reruai Sensodyne di Karnival Jom Heboh Terengganu 2024!

    Khas buat warga Terengganu atau yang berada di kawasan sekitar, Sensodyne bakal membuka reruai di Karnival Jom Heboh Terengganu pada Ogos ini.

    Sekiranya korang mengalami masalah gigi sensitif tapi peminat manisan Terengganu yang sememangnya manis seperti nekbat, lompat tikam atau jala emas, mungkin mendapatkan ubat gigi daripada Sensodyne antara yang dapat mengurangkan kesakitan pada gigi korang.

    Menerusi reruai yang tersedia, korang berpeluang juga untuk mendapatkan seleksi produk daripada Sensodyne mengikut keperluan khusus yang dialami seperti kesegaran dan kelegaan segera.

    ALSO READ:  [VIDEO] Abang Nur Farah Kartini Dakwa Ada Jumpa Suspek Sebelum Ditahan Polis – ‘Saya Tanya Mana Adik, Dia Macam Takut Nak Jawab’

    Oh ya, terdapat juga pelbagai promosi dan juga permainan dengan penawaran hadiah eksklusif khas buat para pengunjung di Karnival Jom Heboh 2024!

    Apa tunggu lagi? Ayuh hadirkan diri ke reruai Sensodyne di Karnival Jom Heboh yang bakal berlangsung di Stadium Gong Badak pada 1 Ogos sehingga 3 Ogos ini!

    Korang berpeluang mendapat pelbagai hadiah menarik yang dijalankan sepanjang 3 hari berlangsung eksklusif daripada Sensodyne.

    Ketahui lebih lanjut mengenai Sensodyne dengan klik di SINI atau dapatkan produk-produk keluaran Sensodyne dengan klik di SINI.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts