Penerbit dan pengarah teater, Tiara Jacquelina meluahkan rasa gembira apabila dapat berjumpa kembali dengan penyanyi Hafiz Suip selepas kali terakhir bertemu pada 15 tahun lalu.
Selepas 15 tahun
Tiara yang pernah menjadi tenaga pengajar dalam sebuah pertandingan nyanyian disertai Hafiz memberitahu, mereka secara tidak sengaja berjumpa di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
Saya berjumpa Hafiz secara tidak sengaja di Kuching, Sarawak. Gembira dapat berjumpa semula dengan awak.
Macam tak percaya protege dan pelajar saya yang dulu berusia 19 tahun sekarang dah bergelar seorang bapa.
Begitu waktu berlalu dengan pantas sekali, terus teringat Akademi Fantasia. Dia masih panggil saya ‘principal’ (pengetua).
Tiara berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok miliknya.
Sementara itu, Hafiz yang mengular siar atau ‘repost’ semula hantaran tersebut meluahkan rasa syukur dapat berjumpa dengan Tiara.
Alhamdulillah.
Sekadar info, Tiara merupakan tengaja pengajar dan pengetua program nyanyian Akademi Fantasia musim ketujuh.
Manakala, Hafiz merupakan juara musim tersebut yang mana ketika itu usianya baru sahaja 19 tahun.