Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTiara Jacquelina Ziarah Kubur Hani Mohsin, Rakan Selebriti & Netizen Luah Rasa...

    Tiara Jacquelina Ziarah Kubur Hani Mohsin, Rakan Selebriti & Netizen Luah Rasa Rindu!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemergian pelakon dan pengacara, Allahyarham Hani Mohsin kira-kira 18 tahun lalu masih memberikan kesan kepada ahli keluarga serta peminat.

    Ziarah Kubur Hani Mohsin

    Terkini, bekas isterinya yang juga pelakon, Puan Sri Tiara Jacquelina mengimbas kembali momennya menziarahi pusara Allahyarham, minggu lalu.

    “Dearest Mohsin, Gembira dapat melawat anda minggu lalu. Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin. Cepatnya masa 18 tahun sudah berlalu.

    Ia adalah malam yang besar untuk Mila malam ini (6/5), dia telah tercalon untuk anugerah pertamanya, Cameronian Arts Awards. Anda pasti sangat bangga untuk menontonnya dalam Melur The Musical.

    Dia benar-benar buat yang terbaik. Ke mana tumpahnya kuah, kan. Kami sentiasa mendoakan anda setiap malam, dan berharap anda bahagia di sana. Al-Fatihah (dibacakan).”-kongsi Tiara di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)

    “Bertuah Arwah Ada Orang Yang Mengingati…”

    Di ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti seperti Catriona Ross, Fauziah Nawi, Datin Nina Juren, Didie Alias dan ramai lagi meluah rasa rindu terhadap Allahyarham, malah ramai yang menitipkan doa agar Arwah Hani Mohsin ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    “❤️❤️❤️ Alfatihah Abang.. it been a long time.”-Catriona Ross

    “Al-Fatihah.”-Nina Juren

    “Alfatihah buat sahabat kesayangan semua, semoga kau tenang disana sahabat, miss him so much dear,  sahabat die (awin) pun dah bersama die disana..semuga Roh dua sahabat nie dicucuri rahmat🤲🏻.”-Didie Alias

    “Sedih mengenangkan. Gone so fast unexpectedly. Semoga tenang di sana. Al- Fatihah. Mesti berbahagia & bangga Mila berbakat seperti arwah.

    “Alhamdulillah. Bertuah arwah ada orang yang mengingati. Semoga rohnya damai disana dan tergolong bersama orang-orang yang dikasihi 🤲…. Al-fatihah.”

    “Still remembering him in Bulan Bintang Capricorn ❤️ Alfatihah buat abang hani mohsin hanafi.”

    Sekadar info, Allahyarham Hani Mohsin telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 25 Julai 2006 disebabkan serangan jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    ALSO READ:  Apabila Penerbit Filem Beri Amaran Jangan Kahwini Gauri Khan, Ini Respons Shah Rukh Khan

    Al-Fatihah buat Allahyarham…



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts