Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTidak Ada Perikemanusian: Ellie Suriaty Meminta Ruhainies Diberi Pendidikan mengenai kelakuan yang...

    Tidak Ada Perikemanusian: Ellie Suriaty Meminta Ruhainies Diberi Pendidikan mengenai kelakuan yang Tidak Manusiawi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ellie SuriatyEllie Suriaty

    Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty tampil bersuara berhubung kontroversi membabitkan aktres Ruhainies yang ditangkap berkhalwat dengan aktor Aliff Aziz, baru-baru ini.

    ‘Pengkhiatan kepada kawan’

    Ellie SuriatyEllie Suriaty

    Menurut Ellie, tindakan yang dilakukan Ruhainies sebagai satu pengkhiatan kepada rakan baiknya sendiri iaitu Bella Astillah yang merupakan isteri kepada Aliff.

    Tidak manis tak beradab. Berkawan baik dengan isterinya, tapi bawa balik suami kawan baik itu ke rumah berkali-kali. Kawan baik itu langsung tidak tahu apa-apa. Itulah bentuk pengkhianatan dan kecurangan yang zalim daripada seorang kawan baik.

    Ellie menyatakan pendapatnya itu menerusi komen di Instagram OhBulan mengenai kenyataan kakak kepada Ruhainies iaitu Risteena yang memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu menyebarkan fitnah susulan isu khalwat.

    Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Ellie Suriaty Omar berkata orang ramai tidak boleh menunding jari dan menyalahkan Bella apabila dia sering memberikan peluang kepada Aliff meskipun sudah berlaku curang beberapa kali.

    Kasihan Bella, orang sana sini kecam dia sebab selalu bagi peluang pada suami walau dicurangi berkali-kali. Ini bukan sebab bodoh atau tak fikir waras, ini kerana seorang isteri yang sabar ada ganjaran pahalanya.

    Bella seorang isteri dan ibu yang baik serta bertanggungjawab. Biarlah dia buat keputusan sendiri dengan mengadu kepada Allah melalui solat hajat dan istikharah. Siapa pula kita orang nak menghentam dia sebab selalu back up suami.

    Jaga batas berlakon

    Ellie SuriatyEllie Suriaty

    Sementara itu, menerusi satu lagi komen yang ditinggalkan, Ellie yang juga seorang guru lakonan berkata sebagai anak seni, mereka mempunyai batas pergaulan sewaktu berlakon dan tidak berlebih-lebih sehingga mempunyai perasaan suka.

    Itu jenis kawan yang tiada perikemanusian, tiada hati perut. Sangat biadap perangainya muat naik video mesra luar biasa di lokasi penggambaran, feeling-feeling dengan suami kawan baik.

    Selalunya kami yang bekerja dalam industri, jaga ruang dengan rakan pelakon terutama pelakon lelaki itu suami kepada kawan baik sendiri. Siapa pula yang ajar kena propa konon-konon nak kena feel terlebih antara dua orang hero dan heroin?

    Yang feel terlebih itu diri sendiri. Tuntutan watak boleh je panggil kau aku, tapi bila kamera roll, bukan personaliti diri kita yang take over the role. Kalau diri kita yang berperanan, maka watak itu tak menjadi. Yang jadi adalah layan cinta lokasi, tapi watak kelaut. Saya seorang guru lakonan.

    Sabtu lalu, pelakon Alif Aziz dan Ruhainies ditahan oleh Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

    ALSO READ:  Ajai Nasihat Fazura Ambil Kelas Vokal – ‘Dia Perlukan Produser Yang Tepat, Pendengar Sekarang Sudah Bijak’

    Isteri Aliff iaitu Bella Astilla turut hadir ke pejabat JAWI susulan suaminya ditahan namun tidak memberikan sebarang kenyataan disebabkan masih berasa terkejut.

    Sementara itu, Aliff dan Ruhainies menerusi hantaran di Instagram Story masing-masing ada mengeluarkan kenyataan dengan meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar termasuk menidakkan dakwaan mereka ditangkap basah.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts