Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Tidak Betul Dakwaan Saya Tidak Mahu Beri Keterangan Untuk Bantu Siasatan Kes...

    ‘Tidak Betul Dakwaan Saya Tidak Mahu Beri Keterangan Untuk Bantu Siasatan Kes Itu’ – Tajul

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebelum ini, penyanyi Tajul Arif hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan untuk memberi keterangan susulan siasatan kes kemalangan maut membabitkan anak kepada Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama), Ayob Abdul Majid iaitu Allahyarham Megat Muhammad Thaqief, 24, di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada tengah malam 24 April lalu.

    Dah beri keterangan

    Terbaru, Tajul memberitahu dia sudah memberi keterangan dan semuanya sudah selesai.

    Tidak betul dakwaan saya tidak mahu beri keterangan untuk bantu siasatan kes itu. Kalau pihak polis tidak hubungi, macam mana saya nak beri keterangan?

    Sebaik saja dihubungi pihak polis Khamis lalu, saya terus ke IPD Nilai keesokannya untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

    Saya pun tak tahu salah siapa dan serahkan kepada pihak polis untuk buat siasatan lanjut.

    Disoal mengenai keakraban hubungan dengan Megat Muhammad Thaqief, Tajul berkata, dia tidak rapat dengan Allahyarham kerana baru dua kali bertemu dengannya.

    Kali pertama, kami bertemu di Genting Highlands sebelum ini. Saya tak kenal sangat dengan arwah tetapi tahu namanya daripada rakan-rakan dalam kumpulan konvoi bermotosikal.

    Ia bukan perlumbaan motosikal tetapi ketika kejadian, kami merancang untuk bergerak secara konvoi ke kedai Roti John di Senawang.

    Diminta untuk mengulas mengenai kejadian yang berlaku pada waktu itu, Tajul memberitahu dia bersama rakan-rakan yang lain turut membantu Allahyarham pada waktu itu.

    Saya yang menghubungi ambulans dan mengajak semua anggota konvoi untuk sama-sama ke hospital.

    Saya juga hubungi emak arwah untuk beritahu kemalangan yang menimpa anaknya itu. Kami semua tak tidur sehinggalah jenazah dikebumikan keesokannya.

    Sebab itu saya sangat terkilan bila ada dakwaan saya tidak beri kerjasama sedangkan mereka tidak nampak banyak yang saya sudah bantu ketika kejadian itu.

    ALSO READ:  ‘Dah Agak Tempat Terakhir’ – Illa Sabry Kecewa Persembahan Minggu Pertama Tak Memuaskan, Hilang 19 Kilogram Berat Badan Sebab ‘Stres’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts