Penyampai radio Tyzo diminta untuk mengulas mengenai tindakannya yang memadam foto DJ Lin dalam senarai Top 10 kategori penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) dalam media sosialnya baru-baru ini.
Itu hak saya
Menerusi temu bual bersama , Tyzo secara ringkas menjawab ‘itu adalah haknya untuk senaraikan top 10 atau top 9’. Menurut Tyzo, tindakan itu dilakukan berikutan individu tersebut didakwa pernah cuba menjatuhkan kariernya sebelum ini.
Rasa-rasanya tidak perlu untuk ‘menggambarkan’ seseorang yang pernah menutup periuk nasi saya. Itu sahaja jawapan saya. Mungkin bagi sesetengah orang nampak tindakan itu sebagai tidak profesional.
Ujar Tyzo lagi, dia mempunyai hak untuk meletak atau memadam foto mana-mana pihak dalam senarai tersebut.
Namun, tidak salah untuk saya enggan meletakkan sesiapa (gambar DJ Lin). Sebenarnya sebelum itu saya ada letak sahaja fotonya.
Memang itu senarai top 10 penyampai radio popular manakala saya letakkan top 9. Itu hak saya.
Terdahulu, menerusi kenyataan media, khidmat Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris ditamatkan selepas lapan tahun bersama Suria FM.
Pengurus Besar stesen radio berkenaan, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.
Dia juga turut menyifatkan penyingkirannya sebagai harga yang terpaksa dibayar selepas meraih anugerah Penyampai Radio Popular pada ABP ke-35 tahun lalu.