Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTidak Segan Berkongsi Sedang Dalam Fasa Putus Haid, Ella Berfikiran Terbuka Dan...

    Tidak Segan Berkongsi Sedang Dalam Fasa Putus Haid, Ella Berfikiran Terbuka Dan Menikmati Proses Penuaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ratu Rock tanah air, Ella, yang bakal menyambut ulang tahun ke-57 pada bulan Julai ini, telah mendedahkan bahawa beliau sedang mengalami fasa ‘pre-monopause’ dalam usaha memupuk kesedaran kesihatan, khususnya di kalangan wanita seusianya.

    Ella menganggap bahawa proses penuaan sepatutnya dihayati dengan baik dengan memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan.

    Bagi beliau, mengetahui dan memahami tentang perubahan hormon dalam tubuh merupakan langkah penting dalam usaha untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan pada peringkat ini.

    Fasa ‘pre-monopause’ adalah satu fasa pra-menopause yang dialami oleh sesetengah wanita ketika mereka mendekati usia menopaus.

    Semasa fasa ini, perubahan hormon dalam tubuh dapat menyebabkan gejala seperti haid yang tidak teratur, hot flashes, masalah tidur, dan perubahan mood.

    “Ramai wanita tidak mahu berkongsi fasa menghadapi putus haid sebab enggan susahkan anak-anak dan suami sehingga mengganggu emosi.

    “Sekarang sudah ada solusinya, kita kena tahu memenangkan situasi. Saya rasa gembira dan tak beremosi.

    “Peranan suami juga penting kerana seperti situasi Azhar yang ajak saya berjumpa dengan kenalan kami selepas mengadu rasa panas dan mudah marah,” katanya.

    Ella berkata, pada awalnya, dia tidak mengetahui kepentingan penjagaan hormon yang berperanan menjaga kestabilan emosi terutama bagi wanita yang menuju ke fasa putus haid.

    “Sebelum bertemu pakar, saya memang tidak pernah hadapi sebarang penyakit dan hanya tahu bacaan darah berada pada tahap serius.

    “Apabila bertemu doktor, saya terkejut bacaan darah mencecah 190. Baru saya tahu darah saya tinggi, hormon tidak menentu yang menjejaskan tahap kesihatan saya.

    “Saya seperti nyaris dibawa ambulans kerana bacaan terlalu tinggi. Sedangkan selama ini saya tak tahu sedang menghidap sebarang penyakit,” katanya.

    ALSO READ:  Tak Benar Peminat Tinggalkan Komen Tanya Dirinya Sakit, Dayang Nurfaizah Khuatir Perkataan Itu Jadi Doa
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts