Semua wanita sayang kepada suami mereka lebih dari segalanya dan sudah pasti mahu bersama suami di syurga kelak. Betapa sayangnya sehingga keluar ungkapan “Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat” atau “I love you till Jannah”.
Namun bagaimana suami yang kita sangat disayangi itu pergi terlebih dahulu meninggalkan kita? Adakah kita akan terus menjadi balu sehingga ke akhir hayat? Mungkin ada wanita yang sanggup menjanda sehingga ke akhir hayat semata-mata ingin bersama suami di syurga, namun tidak semua yang mampu berbuat demikian.
Berbahas soal ini, menjelang majlis pernikahannya esok, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) menukar nama Instagram (IG) menjadi @itsmebcl.
Sebelum ini, BCL menggunakan @bclsinclair sempena nama suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.
Ini adalah kali pertama penyanyi Wanita Terbahagia itu menukar nama IG sejak membuka akaun pada September 2011.
“itsmebcl menukar namanya 1 kali,” tulis keterangan yang boleh dilihat pada akaun pelakon jelita itu.
Terdahulu BCL, 40, memilih tarikh 2 Disember (esok) untuk disatukan dengan teman lelakinya, Tiko Aryawardhana yang pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengannya.
Sumber terdekat bintang jelita itu mengesahkan kepada BH Online majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di sebuah hotel mewah di Bali, Indonesia.
Sebuah portal berita Indonesia turut melaporkan keluarga Allahyarham Ashraf terutama ibunya, Dida Sinclair sudah memberi restu jika BCL ingin berumah tangga semula