Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTiga Saluran Darah Utama Pada Jantung Tersumbat, Ayah Dr Say Selamat Jalani...

    Tiga Saluran Darah Utama Pada Jantung Tersumbat, Ayah Dr Say Selamat Jalani Prosedur Letak Stent & Belon

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Doktor selebriti, Dr Say Shazril berkongsi kisah mengenai ayahnya yang terpaksa dimasukkan ke wad jantung Hospital Serdang, baru-baru ini, akibat saluran darah di bahagian jantung tersumbat.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Dr Say Sebak, Anak Autisme Boleh ‘Survive’ Di Sekolah – ‘Daddy Love You So Much Ace’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Dr Say Gesa Mangsa Curang Bebaskan Diri – ‘Once A Cheater Will Always Be A Cheater’

    Ayah sangat bertuah

    Menurut Dr Say, ayahnya antara individu yang bertuah kerana dapat mengesan masalah tersebut dalam tempoh masa yang awal.

    Ayah saya sangat bertuah. Rabu baru ini ayah saya masuk wad jantung Hospital Serdang untuk buat angiogram. Video lepas saya ada cerita angiogram itu apa. Satu prosedur untuk memeriksa saluran darah pada jantung sama ada menyempit atau tersumbat.

    Ujar Dr Say, ayahnya mula melakukan angiogram pada tahun 2022, selepas melakukan ujian stress bagi mengetahui rekod elektrik jantung.

    Ada empat tahap stress test ni. Speed dan kecerunan meningkat bagi setiap tahap. Kalau positif bermaksud ada saluran darah pada jantung tersumbat. Cuma tak diketahui berapa banyak tersumbat. Kalau negatif tiada.

    Tahun 2022 ayah saya punya stress test negatif. Tahun 2023 pun negatif. Cuma di hujung test kedua itu, ada sedikit perubahan pada corak elektrik jantung ayah saya. Jadi pada tahun 2024, pakar nasihat ayah saya untuk buat angiogram.

    Tambah Dr Say, ayahnya tidak pernah merokok, tidak mempunyai sejarah keluarga yang hidap penyakit jantung bahkan tidak mempunyai simptom penyakit jantung seperti sakit dada mahupun sesak nafas. Cuma, ayahnya mempunyai masalah darah tinggi dan kolestrol sahaja.

    Bila buat angiogram baru ini, dalam kepalanya fikir mungkin 20 peratus sahaja tersumbat. Tetapi angiogram ayah saya tunjuk Triple Vessel Disease yakni ketiga-tiga saluran darah utama pada jantungnya tersumbat. Ada yang 100 peratus, 90 peratus dan 80 peratus yang mana perlu diletakkan dua stent dan empat belon.

    Terduduk ayah saya dan kami sekeluarga. Dua jam proses letak stent dan belon dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Jumaat baru ini boleh pulang.

    ALSO READ:  Awal Ashaari, Scha Alyahya Refleks Diri Setiap Kali Bergaduh – ’11 Tahun Perkahwinan Memang Mencabar, Selesaikan Sebaiknya’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts